Monday 18 March 2013

KENANGAN FAMILY DAY PLF 2011

Assalamualaikum semua..

Walaupun kerja banyak tapi I sempat lagi update blog kan..Time I rajin ni la I nak update sepuas2nya..Hahahaha..Nanti bila datang sifat kemalasan I baru la blog ini sunyi sepi tanpa sebarang berita, nanti peminat tegar bicara hati nh mengadu pada I pulak..Ececece..(macam la ramai sangat baca blog I nh, kan) hentah2 nak bukak pun orang dah malas kan? kan? kan?...Tapi xperla I buat blog I ni pun untuk suka2 jer, xde kaitan dengan yang hidup ataupun sebaliknya..Blog I ni blog untuk suka2 je okeh, I ulang di situ sekali lagi..ekekekeke..

Ini pic tahun 2010 or 2011 kalau xsilap..Sebab makan semut banyak sangat kot ke makan kepala ikan skmo sebelum2 nh, so I jadi cepat pelupa sekarang okeh..Xtau la kenapa susah sangat nak ingat benda2 senang sekarang ini..Hishhh..Ofis I buat family day dekat Belum Rainforest Resort Grik Perak, laluan nak balik ke kelantan..Tempat dia pun cantik, bayaran pun murah sebab tu lah I join time tu..Hihihi..Ape2 pon jom layan pic I yang xseberapa ada nh..



sebelum bertolak sesi bergambar dulu


pelik kan seat bus plusliner nh..

singgah kuala kangsar pekena abc n putu bambu


aktiviti bebas..mancing ikan dulu

best2 naik boat n mandi air terjun..syoook..

melawat orang asli..diaorg pun ada tadika jugak tau

sambil2 dinner sambil kita berkaraoke..so layan I nyanyi..kuang..kuang..caya x???




sebelum balik kita bergambar buat kenang2an


Tapi dah 2tahun plf xde buat family day dah..Kenapa erk??? Sobs..sobs..sobs..Sedih..sedih..Katanya xde bajet n sponser..iyeke??? Harap2 la lepas2 nh ada pulak family day, bolehla I ajak hubby join sekali, kalau ada la kan..




Jumpa sesuatu time program women purple walk 2013

Assalamualaikum..

Dengan secara rasminya I pun join program women purple walk yang berlangsung semalam di dataran putra Putrajaya..Dengan gigihnya terpaksa bangun pagi2 lagi, selalunya lepas subuh I sambung tido jap kalau xde pergi mana2, lepas hubby balik jogging baru la I bangun buat break1st untuk dia, tapi semalam I terpaksa tinggal hubby sorang2 kat rumah (ajak hubby dia xnk join katanya women kan???) hehehe..dengan break1stnya xsempat buat, hehehe..Sorry abang..Sampai2 sana kul7.40pg janji dengan kakak jumpa dekat ofis dia..Sampai2 orang tengah berkumpul untuk ambil makanan n breakfast dulu sebelum memulakan program itu..Sebelum kita walk2, kita senamrobik dulu erk..Ape2 pun, jom kita layan pic yang xseberapa dulu:



tengok la tuh tngh senamrobik kata 1m'sia kan

kata women purple..tapi I tengok dah bercolourful dah..hehehe..

makan coklat lagi best bak kata sumayyah..hahaha..


Dalam 1jam jugakla aktiviti senamrobik nh, lepas tu masing2 kena berkumpul untuk memulakan aktiviti women purple walk nh..Bukan women je join okeh program nh, men2 pon ramai, tapi xper janji meriah, iyee dop? hehehe..Sambil2 tengah jalan2 tuh, I jalan tepi sekali dengan kakak sebabnya nak bagi udara dekat anak buah I nh..Yelah dengan ramainya makhluk2 bersesak2 excited nak berjalan, (eh excited ker) hehehe..gasaklah janji korang2 faham ape yang I nak cerita eh..ehehehe.., tiba2 I terpijak 1benda..I pun tengok dekat kaki, rupanya tel..I bagi tahu kakak I, dia pun ambil tapi penutupnya xde..Tiba2 ada orang belakang I cakap penutupnya ada kat belakang..(diaorang ingatkan tel kakak I lerr tu)..hehe..Korang2 nh bukannya nak tolong ambil, pijak lagi ada lah..Yelah mybe diaorang ingat tel mainan ke ape ker kan, xbajet tel betul..Tiba2 cakap dekat kakak, cm ner la boleh jatuh, bukannya berlari ke ape, tapi jalan je pun..hehehe..Tapi kalau benda dah nak jatuh, jatuh jugakkan..

Lepas da settle semua, kakak dengan I pun godek2 la tel n bukakkan balik simkad tu dengan niat nak pulangkan balik tel dekat tuan empunya..Sekali tel dia guna pincode..Terpaksa kitaorg pegang dan simpan dulu..Sampai2 rumah kakak suruh hubby I masukkan simkad dia dan try godek2 tel tuh untuk jumpa klu..hahaha..lawak pulak ayat, macam cari benda tersembunyi je..Sekali ada la dalam mesej tuh nama my wife dia save, sah2 isteri dia kan..Hubby I pun call la wife dia and then tau la diaorg stay port klang kerja dekat penjara kajang..Amboih jauhnya kerja dan tempat tinggal u olls..hehehe..Dioarg janji nak datang ambik malam tuh dalam kul7.30mlm..Kebetulan kitaorg kuar time tuh dan jumpa dekat masjid putra..Punya la ucap time kasih banyak2 diaorg pada kami sebab dah tolong n jumpa tel diaorg..(lupa pulak nak ambik gambar tel tuh)..Alhmdulillah, kalau bukan kitaorg jumpa, mesti orang lain jumpa dan akan pulangkan balik jugakkan tel tuh..iye dop? hehehe..Syukur sangat2 dapat tolong orang lain walaupun pertolongan I itu tidakla seberapa..



rindu sama budak ini

bukan makan nasi, makan lauk jer...diet katanya.hehe..

santai2 sblm balik..hehe..






Friday 15 March 2013

Bukan senang untuk menjadi senang

Masuk minggu ke-2 dah I duk rumah sorang2 sekarang nh..Macam janggal pun ada jugak rasa..Yelah sebelum2 ini rumah tu meriah dengan ragam sumayah dan sekarang ini tidak lagi..Sebelum2 nh biasa hidup bergantung dengan kakak n a.ipar I kan walaupun dah kawen sekarang nh, so sekarang nh diaorang dah pindah secara rasminya, kena la I pandai berdikari dh ler..Sobs..sobs..Tambah2 hubby duk jauh lagi la sedih..Sedih pulak tetiba rasa hati ini..Setengah orang hidup mula dari bawah kan, naik ke atas, macam I nh mula dari atas dah biasa senang lenang kan, turun ke bawah macam terkapai2 pulak..Hendak apa2 kakak jer selama ini, nak g situ dengan kakak, nak gi sini dengan kakak, pergi dan balik kerja pun dengan kakak, betapa manjanya saya..Sume benda boleh dikatakan dengan kakak lah..Hehehe..Nasib baik la a.ipar I sporting..Biasa la lumrah hidup kan, macam ni la selagi kita hidup atas muka bumi ini..Hurrmmm sedih tetiba datang melanda..Bila la agaknya my hubby dapat tukar sini..Kurang2nya dapat la temankan I..Cemburu dengan kawan2 yang mana dapat tinggal sebumbung dengan suami..Dapat tengok muka hubby hari2 dah sejuk rasanya hati I nh..Hehehehe..

Kakak selalu cakap I nh dah biasa hidup senang, so sekarang nh kena pandai2 la hidup sendiri..Sobs..sobs..rasa nak nangis pun ada..Bukan senang dari segi duit, tapi senang dari segi tempat tinggal, dari segi pengangkutan, senang dari keperluan, overall hidup I selama nh goyang kaki ajerla sebab semua2 kakak dah sediakan..

Dulu kakak cerita masa mula2 dia datang KL xde kenal sapa2, semua benda kena buat sendiri...Sewa tempat lain, tempat kerja tempat lain betapa jauhnya mencari sesuap nasi time tu, tapi I?????..Kena bangun awal2 lagi nk kejar bus lagi, kalau lambat sikit alamatnya kena tinggal bus, bersesak2 dengan mat2 bangla lagi..Ada 1 hari tuh kakak berdiri dalam bus, biasa la xbajet la aper2 berlaku kan, sekali sampai2 ofis member ofis dia tegur kenapa handbag macam pelik jer..Sekali kakak tengok handbag dia kena toreh..Handbag dulu2 xsama dengan handbag sekarang kan..Mula la kakak I menangis time tu, sebabnya semua benda ada dalam tuh hilang..Dengan IC, duit2 semua, kad bank lagi dengan kunci rumah lagi..Adoooyaii manusia2, tu lah kerja yang korang boleh buatkan..Mencari..mencari..Time tu la member2 ofis dia yang baik hati lagi budiman buat kutipan untuk dia..Bila dia cerita macam tuh, I tetiba rasa sedih, sebab selama ini kakak xpernah cerita pada sapa2 waima pada ma I sekalipun, dan bukan senang untuk menjadi senang sampai tahap sekarang ini..

Dan sekarang ini, kakak I dah berjaya, mampu membeli 2rumah dengan hasil titik peluh sendiri, 1rumah yang I duduk sekarang ini yang mana I sambung bayo dan 1 lagi rumah dekat salak tinggi yang diaorg tinggal sekarang..Mampukah I setanding dengan kakak I sekarang ini dengan kerja dan gaji macam nh..Tepuk dada tanya hati..


secara xrasmi sambut birthday sumayah
Dan sebelum diaorang berpindah rumah hari tu, kakak ada order kek dengan member dia untuk birthday sumayah 17/10/2012 yang mana genap umur sumayah 3thn lebih..Tapi kakak I xnak buat lagi sebab dia planning nak buat untuk jamuan makan rumah baru dia sekali..Kiranya solat hajat rumah baru dan birthday sumayah sekali lah..Bila tu xtau lagi sebabnya ma I xberapa sihat sekarang, so family I xdapat datang sini lagi lah..Tunggu ma I sihat sepenuhnya dulu..Nanti bila kakak I buat majlisnya nanti I jemput semua2 kawan2 I eh..Jangan xdatang pulak..So tunggu..hehehehe...






p/s: kawan2 doakan kesihatan yang baik dan berpanjangan untuk ma I eh..Tqvm..

Dapat baju free

Salam jumaat semua

Yeayyyyy hari ini hari jumaat, esok sabtu, cuti..cuti..cuti..hehehe..Syoknya hari ini hari jumaat dah, bolehla rehat2 kt rumah cuti 2hr nh..Dalam dilema lagi nk join x program WOMEN PURPLE WALK 2013 yang diadakan pada 17hb ( Ahad ) ini di Putrajaya.. Baju dah dapat semalam kakak bagi, so kena jalan la nampak gayanya teman sumayyah jalan..Huhuhuhu..Sian my hubby kena tinggal..Kalau hubby nk ikut jugak kena pakai tudung la nampak gayanya..Hewhewhew...Jalan pun kena ala..ala..lenggang kak limah gitewww..Hehehehe..

Sape2 join program ni, nanti hello2 I eh..Kita jumpa di sana nanti..



cantik x baju I..hehehe..Tq pd JAS sbb bagi bg free..





p/s: yeayyyyy esok cuti2..dapatla jumpa hubby hari ini..Macam setahun xjumpa pulak..hehehe..Rindu kata kooo..

Friday 8 March 2013

surat dari langit biru memang best

Assalamualaikum dan salam jumaat semua

Sape tengok cerita nh angkat tangan??? hehehe..Mula2 I xmengikuti sangat cerita nh..Lama2 bila tengok tiap x iklan macam best jer cerita dia, terus I hayati jalan ceritanya dari mula sampai la dah nak last episod dh..hehehe..Xsabarnya nak tengok ending dia cm no..Sedih sangat2 rasa..Sampai menusuk qolbu..Tiap2 kata yang terkeluar dari mulut barisan pelakon amat2 bermakna bagi I..Sama2 la kita jadikan tauladan dan sempadan..




 



Sinopsis Surat Dari Langit Biru Slot Samarinda TV3
SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang
amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain.

Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar.

Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.

Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak.

Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?

Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.

Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa.

Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Pengarah: Rashid Sibir
Penerbit: Rashbir Media
Pelakon Surat Dari Langit Biru
Johan Asari, Yana Samsudin, Fizo Omar, Tania Hudson
Dato’ Rahim Razali , Fauziah Nawi , Iqram Dinzly , Tania Hudson , Nabila Dally, Ika Nabila 


p/s: tiap x tengok cerita nh mesti nangis.. :( Rindu sangat2 akan ma & abah kat kg, adik beradik semua, especially di hari jumaat yang mulia ini sangat2 rindu akn ''arwah abang sulongku''..Kamulah semua penyeri hidup saya dunia akhirat..Semoga ''arwah'' selalu tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin..amin..amin..






Thursday 7 March 2013

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA

Assalamualaikum semua..

Sepertimana semua sedia maklum, minggu lepas telah diadakan Karnival Wow di Putrajaya..So I pun berkesempatanla jugak bawak Sumayyah (anak sedara kesayangan I) jengok2 sekejap ape yg menarik diadakan di sana..Tujuan pegi sana sebabnya pagi Sabtu kul 11.30 pagi ada sesi bersama Upin n Ipin, tu beria2 sumayyah nk pegi tu. Mula2 kakak I nak join sekali, sekali xjadi pulak sebabnya dia hendak kemas2 barang untuk berpindah pada keesokan harinya, so dia suruh I yang bawak sumayyah..Nanti I cerita pasal pindah rumah pulak erk..

Jom kita tengok dengan siapa saya jumpa..Hehehe..Tapi xsempat nk snap bersama sebab dia ada show dan kalau nk snap pic dengan dia kena duet nyanyi..Mau nya nak I, malu la weh..Kalau suara best ok gak..Hahahaha..Kata vokal bukan sekadar rupa..Hihihihi..Nana nh dia bukak booth jual tudung2 yang macam dia pakai tu..Cantik2 la jugak tudung2 dia jual..Kan cantik dan manis bila bertudung tu..Kan..kan..kan..


Ramai jugak artis2 I jumpa, mawi n ekin pun ada tengah promosi produk kecantikan dia..



taraaaaaaaa..siti nordiana..maniskan bila dia bertudung

xlokek dgn senyuman dia nh..selalu je senyum

tengok..nk bergmbr dgn dia kena duet dlu..duet lagu resepi berkasih


 Tunggu punya tunggu, sekali kuar la maskot Upin n Ipin..Punya la teruja sumayyah panggil nak salam dengan Upin & Ipin..Hihihi..Sumayyah2..



taraaaaaa..Upin & Ipin

adik nashila nama dia kalau xsilap..dia sek presint11(1) dekat rumah I rupanya..

tengokla tu punya la teruja sumayyah tngok upin ipin..M.ciknya tumpang sekaki..hihihi..



 Time ini, slot sesi soal teka teki dengan Upin & Ipin..Kalau sape2 boleh jawab soalan dia akan hadiahkan barangan berkaitan Upin & Ipin..Dekat 10soalan jugakla dia tanya..Kalau jawapan tu betul, adik nashila nh akan jawab..''Betul..betul..betul..''..hehehe..comel jer bunyinya..Hehehe..Dia terbuka untuk kanak2, tapi ada jugak mak2 budak yang jawab..Hahaha..


sesi autograf adik nashila dan lupa nma adik laki tu..Maskotnya mail n meimei..

mula2 suka tengok orang bergambar sekali nangis2 sumayah takut..hahaha..lawakla time nh..
gigihla I beli buku solat bersama k.ros untuk sumayah semata2 nak tandatangan adik2 kita nh..


Lepas slot sesi autograff sesi mewarna pulak..Mula2 nak la jugak suruh sumayyah mewarna sekali dah penuh, kanak2 ramai sangat..Ape lagi mengamuk la si budak debab tu..Adoooi penatla nak melayan dia sorg tu, macam2 hal..Nasib baik pakciknya cool je..Hehehe..


tngk org main, dia pun sibuk nak main..padahal xpandai pun..hihihi..

suamayyah main game upin ipin



Time ni memang panas sangat2..Rasa malas je nak jalan2, nk duduk tercongok jer kt situ, dah la sumayah mula2 ok lagi, lama2 meragam nk susu la, nk tido la..Ajak balik rumah nangis2 xnak..Yang jadi mangsanya hubby I la kena dukung dia merajuk xnak jalan..Hahahaha..Nasib baik pak ciknya sporting, ikut jer mana dia nak..Hihihi..

tengok la tu..selamba jer minum susu kt situ..So I layan jer la..




Kakak2 kat situ tanya, sorang je ker baru anak, patut manja sangat..Anak??? hahaha..Berapa umur anak??? Tengok mak muda, tapi ada anak dah besar..Hahaha..Hendak tergelak pun ada dengan kata2 kakak itu, I muda??? sukanyaaaaa..ehehehe..Time kasih kak cakap I muda, awet muda gewwtoo...ehehehe..Xdelah kakak2 oi, tu ank sedara saya, saya ni just tolong bawak dia jer..Oooooo anak saudara, anak sendiri belum ada rezeki lagi..Kena usaha lebih lagi kakak tu kata..Insha Allah kak, I sentiasa berusaha lebih..Hihihi..




Doaku Hari Ini





PEREMPUAN INI IBARAT OMBAK DI PANTAI, KETIKA BAIK TENANG MENYAPA PANTAI..TAPI KETIKA GANAS, BAGAIKAN TSUNAMI MENGHANCURKAN APA JE KEPUNYAAN PANTAI..



YA ALLAH YA TUHANKU..KEKUATANKU SUDAH RAPUH, KESABARANKU SUDAH HABIS, KETABAHANKU SUDAH LUPUT..ALLAH..LORONGKANLAH PERJALANAN HIDUP YANG LEBIH BERMAKNA UNTUK AKU SETERUYSNYA, JALAN YANG KAU REDHAI..YA ALLAH YA TUHANKU, KEPADAMU AKU BERSERAH SEGALANYA ..AMIN..












Tuesday 5 March 2013

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

Assalamualaikum semua..




Hari ini xde mood sangat2 rasa hendak buat kerja, tambah2 budak ofis hari ini bercerita pasal makanan jer, adoooi lapar la plop rasa..Cepat la balik..Hehehe..Boring petang2 ni, tiba2 tergerak hati nk layan blog jap, sekali tertengok blog nurul wahhhhh..mcm best jer..

Jumlah follower I pun xramai sangat, hendak bagi tau orang pon sedih..Hahaha..11 orang jer..

Tapi xperla sebab masih dalam proses percubaan lagi kan...Cewwaaahh..Harap2 la lepas ini makin bertambah kawan2 saya..Amin..amin..amin..Jom join kawan2..

Sape nak join klik sini