Friday 16 August 2013

Selamat Hari Raya Semua-Syawal ke-9

Assalamualaikum

Selamat petang semua.Malasnya nak start kerja lagi, tambah2 masih mood raya lagi, alangkah bestnya kalau dapat cuti panjang, hihihi..padahal baru semalam masuk ofis, patutnya rabu lagi tapi terpaksa EL sebab masih kat kampung ada kenduri kahwin, nasib hari nh jumaat dah, esok lusa cuti..Bestnyaaaaa..boleh lepak2 kat rumah dengan hubby..Hihihi..Tapi esok lusa ada kawan buat open house, xtau lagi nak join ke x, tengok keadaan cm ne..

Selamat hari raya kawan2 semua, selama kat kampung xsempat nk on9, maklumla internet slow gila2 macam siput..Tambah2 musim raya, xsempat nak berinternet bagai, kita berhari raya je jumpa sanak saudara semua bermaaf-maafan di hari lebaran yang mulia..Hihi..Pagi raya tu sempat la beraya sehari setengah dengan hubby, lepas solat jumaat hubby bertolak balik putrajaya sebab malam tu dia kena kerja pulak..Sobs..sobs..sedih sebab kena tinggal sorang2 kt kampung lagi..Tapi raya ke4 hubby balik kampung balik sebab baru dia start cuti sampai la rabu ada kenduri kahwin..Lepas solat hari raya, dalam tengahari bersiap2 balik rumah mertua pulak.Ada la sekeping dua gambar untuk kenang-kenangan di hari tua..muahahaha..


pagi syawal di rumah mertua

ciuman dari suami terchentaaaa
   Raya ke-2 sempat beraya rumah mak sedara belah hubby jap sebelum dia bertolak balik putrajaya..Mula2 nak ikut hubby balik putrajaya teman dia, pastu hubby xbagi sebab xde orang kat rumah, balik putrajaya pun duk sorang2 jugak dia kerja, baik duk kampung boleh tolong2 ma kat rumah dia kata..

insha allah ada rezeki nanti untuk timang cahayamata sendiri setelah diubati

doakan kami cepat2 dapat baby

 Raya ke-3 pulak mak sedara dekat rumah buat makan2 sambil2 ada orang datang nak merisik anak dia, so 25hb nanti anak dia akan bertunang..Sorry fatihah sebab k.cik xdapat balik..Simpan cuti untuk Raya Haji pulak nanti..Kuikuikui..Lepas tu lepas asar abah ajak pergi kubur arwah nenek, atok belah ma dan tak lupa juga ziarah kubur arwah abg yie..Sampai sekarang xdapat lupakan arwag abg yie dah xde..Sedih sangat2 hanya ALLAH je yang mengerti..Ok2, xmo sedih2 sebab raya kan, so kita happy2 ok, hihihi..

Raya ke-4 dekat rumah aku pulak buat makan2 sikit ajak sedara mara semua, sempatla hubby sampai petang tu dapat join makan2 jugak, oyeahhhhh makin senyum lebar la aku senyum..hihihi..Malam tu tido rumah aku, esoknya pagi2 balik rumah hubby pulak.Nasib la rumah kami dekat je, xyah gaduh2 nak balik lama2 rumah sape2..Hihihi..Alhamdulillah, beruntung sngt2.Malam tu pulak a.ipar aku belanja makan kfc ramai2 kami adik beradik.

kfc hari ke4 raya

abi affan yang belanja malam tu..tq abg wea


Raya ke-5 pulak ada kenduri 2 tempat, kawan aku n kawan laki aku..Nasib la dekat je tempat kenduri, kalau x memang xpegi dah makan jame la nanti raya2 nh..Hihihi..


selamat pengantin baru mustakim.moga bahagia sampai syurga

pengantin laki kawan aku masa sek rendah

pengantin laki kawan hubby masa sek menengah
Raya ke-6 aku pergi berurut.Nanti aku cerita kemudian di sebalik kejadian kenapa sampai sekarang aku xdapat2 anak..Aku masih was2 samada nak percaya atau x, tapi semua tu atas usaha kita masing2 kan.Allah sendiri menyuruh kita berusaha, alhamdulillah sekurang2nya aku dah usaha..Insha allah, harap2 lepas ini ada jalan yang terbaik untuk aku n hubby..

Raya ke-7 ada kenduri sedara belah hubby, lepas makan2 dalam kul12.30 kitaorang bertolak balik putraya..Ok itu saja cerita di sebalik hari raya..




p/s: kurang2nya Allah masih bersama2 kita kerana dia lebih mengetahui apa yang berlaku.Aku redha n pasrah


Friday 2 August 2013

Iftar wif family

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Uwwaaaaaaa xde mood rasa nak buat kerja hari nh. Xbuat kerja hari nh bole x??? Kihkihkih..Pagi tadi bangun datang kerja pun liat sebab terpaksa je fikir hari ni last day kerja je, kalau x memang EL dah hari nh mintak dengan bos..Boleh manja2, peluk2 cium hubby puas2 selama sepeninggalan nanti..Muahahaha..oopppssss lupa puasa2..Hahaha..Mentang2 la hubby ada kat rumah, dia kerja petang je minggu nh..Hahahaha.Mesti ada yang menyampah baca blog aku nanti..Muahahahaha..Hari nh last day kerja, esok pagi2 lagi lepas subuh dah cabut balik kg dah, tinggal la hubby sorang2 kt Putrajaya nh..Sian pulak kat hubby sorang2 kt sini..Aku serba salah sebenarnya nh, dalam dilema lagi nh..Dulu bujang xperla xrasa apa2, ni dah kawin rasa lain macam ok, rasa bertanggungjawab tu lebih pada hubby tu lagi penting dari balik kg lg..hehehe..Kata nak jadi isteri solehah..hehehe..Tapi kalau xbalik kg kesian pulak dekat ma aku sorang2 kt rumah, dah la kakak aku yang nurse tu kerja malam raya, pagi raya tu baru balik.Memang la dia ulang alik dari rumah, tapi tetap dia tak boleh tolong ma aku jugak dengan keadaan ma aku macam tu sekarang nh, better anak2 perempuan dia la buat semua tu khenn.Nasib baik la kakak aku yang sorang lagi tu balik kg jugak, so bolehla aku tumpang dia, sama sekali boleh tolong2 dia apa yang patut nak buat kat rumah nanti..Haisssshhhh rasa serba salah dari minggu lepas lagi, bila hubby dapat jadual kerja dia 24hours kena jaga bilik kawalan sempena syawal nanti..Langsung xde cuti, kalau ada pun 1hr cuti, esok kerja balik..Kesian hubby tita tau..sobs..sobs..sobs..Xadil betul la kadang2 aku rasa, tapi ape boleh buat, sapa suh kawin dengan orang kerja badan uniform khennnn, tapi aku suka..Hihihi..Rasa syomel je bila hubby pakai uniform nak pergi kerja..hihihi..(Uwweeeeekkk..muntah ijau)..


Amboi2, mukaddimah dah panjang berjela2 dah, nak cerita iftar wif family sebenarnya semalam tapi terjadi sesi luahan perasaan pulak kt sini..hihihi..(Maafkan hamba penunggu gua, maafkan hamba)..Ok berbalik pada entry kat atas, sebenarnya xplanning pun nak iftar sama2 dengan kakak n sumayyah semalam, kat rumah tu selalu la jugak, ni hubby punya voucher berbuka dekat Cyberview Resort & Spa Cyberjaya kawan dia yang bagi sebab dia tolong member dia nh, so maknanya kita tolong orang, orang akan tolong kita balik kan..Tapi hubby xmintak balas pun, dah dia nak kasi, kami ambik jer..Alhamdulillah..Rezeki..rezeki..Hihihi..Orang2 tua kata, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari..tau..tau..tau..Mula2 hubby ajak kawan dia yang selalu kitaorang kuar tu, sekali sekolah dia pun buat jamuan bukak puasa jugak, xkan dia xnk join kan, so alang2 kakak kata tido rumah saya lagi malam tu, sebabnya laki dia buat qiamullail dekat masjid putra, so cun la bole ajak kakak daripada burn macam tu voucher kan..Kalau dewasa rm68, so kanak2 4-12tahun rm58..Beza rm10 je pun..Padahal kanak2 bukannya makan sangat macam orang dewasa pun khenn, nasib dia xcaj sumayah sebab time sampai tu sumayah tengah tido, so terpaksa hubby dukung dia, jadi la macam baby tua..Muahaha..Tapi sumayah xcukup 4tahun lagi, bulan 10 nanti cukup 4tahun..Nampak je besar macam orang tua, tapi umur xsampai 4tahun pun lagi..Diet sikit sumayah, awak tu kecik lagi..Hehehe..

Ala xsempat aku nak ambik gambar yang dia reserve nama aku..Sampai2 tunjuk voucher dekat dia, cakap nama terus dia tunjuk tempat mana perlu kitaorang duduk, sekali meja depan sekali ko, aku suka..hihihi..Sebabnya depan makanan, weeehooo, senang la nak ulang alik ambik makanan nanti..Muahahaha..Dasar tamak haloba, puasa wei puasa, lapar la..Hahaha..



Ramadan Delights Voucher

  Cyberview Resort & Spa (dahulunya dikenali sebagai Cyberview Lodge Resort & Spa) juga tidak ketinggalan turut menyediakan hidangan buffet yang lazat untuk para pelanggan yang datang berbuka. Suasana berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa memang best dengan suasana tropika serta landskap yang indah dan hijau.

 




 Bertempat di The Verandah, Cyberview Resort & Spa baru-baru ni telah diadakan sesi review Buffet Ramadhan. Alhamdulillah dapat rasai berbuka puasa di The Verandah yang terkenal dengan gerainya yang serba lengkap menghidangkan makanan kegemaran tempatan dan antarabangsa.




Di bahagian gerai-gerai yang tersusun rapi ni, The Verandah menyediakan hidangan lazat menu asli citarasa tempatan dan antarabangsa seperti ikan bakar, kambing panggang, dim sum dan yong tau foo, makanan laut dan ayam panggang BBQ, fresh spring roll, satay ayam dan daging, serta menu istimewa roti durian dan bermacam-macam lagi. Memang sangat menyelerakan.





Di bahagian buffet pula para tetamu di The Verandah, Cyberview Resort & Spa boleh menikmati pelbagai jenis hidangan membuka selera seperti kerabu daging, acar jelatah, kerabu makanan laut, pucuk ubi rebus, pegaga, ulam raja, kacang botol, taugeh rebus, serunding kelapa, acar kelapa, ikan masin, sambal belacan, mango chutney, air asam, cencaluk, budu dan banyak lagi.




Selain tu ada juga hidangan gulai ikan tempoyak, gulai kambing kawah, udang tumis dengan sos hitam superior, nasi minyak Kismis, serta wok-fried slice beef gaya Mongolian. Memang rambang mata dibuatnya sampai tak tahu nak makan mana satu. Semuanya sedap.
Hidangan istimewa Asian pun ada antaranya seperti daging & ayam teppanyaki, nasi ayam panggang, Vietnamese spring roll dan banyak lagi.




Bukan itu saja. Untuk hilangkan dahaga, JUICE BAR di The Verandah lengkap dengan pelbagai minuman seperti air tebu sejuk, kacang soya, cendol, air bandung, jus kurma, cincau dan air khatira. Bagi mereka yang kurang gemar minuman sejuk ada juga disediakan teh tarik panas.


Hidangan pencuci mulut pula ada banyak pilihan untuk para pelanggan yang datang berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa. Antaranya ialah peanut cream slice, spices cheese cake, sacher cake, lemon almond slices, orange mirror slices, walnut pie, kek tiramisu, peach hazelnut slices, baklava, puding coklat pisang, tapai pulut dan tapai ubi.
Selain tu ada juga pelbagai aneka kuih muih Melayu, kurma, ice cream with condiments, chocolate fountain with condiments, aneka buah-buahan segar dan banyak lagi.



Buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa ni berharga RM108 nett untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak pula diberi potongan harga sebanyak 50%. Sesiapa yang teringin nak rasa bestnya berbuka puasa di Cyberview Resort & Spa boleh buat tempahan dengan menghubungi nombor di talian 03-8312 7015.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Cyberview Resort & Spa boleh layari laman web www.cyberviewresort.com.




Ok dah habis bab2 cerita makanan, so gambar kami lah pulak..kihkihkih..Xceria blog aku nh rasa tanpa ada gambar aku sendiri kheeeen..Muahahaha..

depan pintu masuk tempat makan

sambil2 tunggu azan kita bergambo dulu

cantik kan air terjun dia

oh my hero ku
  Time ni sumayyah tengah tido, atas kete lagi dia tido sebenarnya, xtido la tu rumah pengasuh dia..Kesian nak kejutkan dia, hubby dukung, sekali da siap bergambar semua dia bangun, tu pun kakak kejutkan dia..Memang xde la gambar dia time nh..Hihihi..

bangun2 tido terus makan satay sumayah

hasil rembatan pada malam itu

air sirap laici dia sedap..5x tambah..hehehe..

budak baru bangun tido

sumayah, k.ini n aku

   Makan2 kejap, pergi solat dulu, lepas tu sambung balik makan dan makan lagi..Hihihi..Banyak n sedap2 sangat makanan dia, tu yang rasa xnak balik tuh..Hihihi..Siap2 makan semua jom kita sambung bergambar balik..Hihihi..


sumayyah n ayah chiknya..xhabis2 buat peace sumayah..hahaha

sumayah n m.ciknya pulak..hihi

nampak bayang2 sumayah sebabnya dia yg snap

hamboih..posing bukan main sumayah.hihi..

sumayah debab

kat pintu depan sebelum balik


  Sampai2 rumah sumayah pun tertido, penat sangat ler tu makan banyak sangat tadi, hihihi..Hubby pun sambung masuk kerja balik..Sempatla aku kemas2 barang kejap sebelum tido..Ok itu saja cerita untuk kali ini, di lain entry kita bersua kembali ya..Sebelum tu, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya pada semua pembaca setia blog Bicara Hati ni..Maaf Zahir dan batin..Maaf segala salah dan silap saya selama berblogging ya.