Monday 1 December 2014

Hippopo Spa untuk baby berenang


Assalamualaikum semua

Lama betul saya xupdate & xbukak blog nh..hihi..Nak buat macam mana xde masa n kesempatan untuk update blog, maklumla hujung2 tahun nh bizi dengan Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana yang akan diadakan nanti pada 13hb & 14hb Disember di Yayasan Kepimpinan Perdana.Semua dijemput hadir ya.

Hari ni aku nk update cerita pasal khalish mandi kolam n massage skali ya..hihi..Sebenarnya da lama papa khalish nk bawak khalish mandi kolam dekat rumah tu, tapi bila aku fikir balik risau jugak sebab takut khalish demam maklumla khalish kecik lagi baru 6bulan lebih, kot2 lepas mandi kolam dia demam xpasal2 aku yang merana, dari anak xsakit terus jadi sakit..huwaaa..

Sabtu hari tu kebetulan papa khalish xkerja minggu tu, so aku ajak papa khalish pegi Pureen sale dekat Gleenmarie, Shah Alam. Kitaorg sampai sana dalam pukul 2 lebih dah, ingatkan xramai orang, sekali masuk tengok orang da beratur panjang untuk bayar, belum aku masuk bahagian baju2 nak pilih lagi, sekali hubby kata keluar lah, kita pergi bahagian sabun2, pampers, botol2 susu n lain2..Nasib aku suh adik ipar aku beratur siap2, kalau x maghrib aku duk beratur kat situ lagi, punya la ramai gila orang.

Masa otw balik dari Shah Alam, hubby tanya aku nak pergi mana lagi, gigih la aku cerita kat hubby pasal aku baca 1blog nh dia bawak pergi spa baby anak dia, hubby tanya kt mana aku pun dengan gigih n bersemangat cari balik blog tu untuk dapatkan alamat tempat yang dia bawak pergi anak dia tuh.Nasib la hubby pun mengikut je bini dia nh..hahaha..Untuk anak punya pasal, sanggup buat apa saja katakan..Maka ke sana la kami berempat, mama, papa, khalish n Achik ja. Hipopo Baby Spa di Setia Walk Mall Puchong (Achik ja adalah adik hubby, dia datang sini sebab ada kursus dekat perodua rawang hari tu, sabtu malam tu jugak dia balik kelantan lepas settle kursus)


diaorang ada 4 cawangan kalau tak silap aku. satu dekat Setia Walk Mall Puchong, satu dekat Great Eastern Mall, satu dekat Centrepoint Bandar Utama, dan satu lagi dekat Penang. yang aku pegi ni dekat Setia Walk Mall Puchong first impression aku masuk spa ni, ehh bestnyaa. macam tadika laaa. kikiki ;) siap pasang background music children's rhymes lagiii. ;) so sampai-sampai je dekat spa ni, akan ada sorang staff yang handle baby kita dari awal sampaiiiiii akhir. tempoh sesi di spa ni adalah satu jam. 30 minit pertama adalah untuk berenang, 30 minit seterusnya adalah untuk massage. harga pakej yang aku amek ni RM87. jadi masa mula-mula sampai takkan dorang nak terus humban khalish dalam kolam, kalau diaorg buat gitu, aku humban diaorang balik..muahahaha :p dorang buat sesi stretching duluuuuuu untuk kasi warming up. :)


lepas tu baruuu dorang slow-slow bagi khalish membiasakan diri dengan air..baby ni kadang2 kita tak boleh paksa dia kan..kang xpasal2 menangis time2 tu haruuuuu..korang jangan risauuu, dorang semua sangat terlatih. berpengalaman sangatttt sebab setiap jam setiap hari main dengan baby. hihihi ;) 


masa mula-mula dorang letak khalish dalam air tu diaorang tanya aku khalish umur berapa. aku cakap 6bulan dh. dia dah pernah berenang mana-mana ke sebelum ni kak? sebab ada setengah budak, bila pertama kali, dorang akan menangis. khalish baikkk jee behave tak nangis pun. eh ye kee? jangan cakap macam tuu. saya pon tak sangka. tapi khalish ada rasa jakun jap sebab xpernah dapat mandi kolam seluas nh..muahaha..ni first time dia berendam secara bebas. selalu dia berendam dalam bathtub ikea yang harga RM19.90 tu jewww..kahkahkah..






tengokkkkkkkkk..papa khalish xtinggal khalish tau walau sesaat..macam papa pulak teruja walau khalish yang mandi kolam..muahahaha..



anyonyoooo bagusnya anak mama niii. tak nangis langsung walaupun masa mula-mula berenang dia macam gayat sikit. asyikk la pegang jariii selagi dia tak yakin diri. sekaliii bila dah yakinn, haa amek kawwww. siap menari-nariii. hihii...tapi muka xleh blah..xsenyum langsung bby khalish nh..pasrah jerla..hahaha..


sesi seterusnya adalah massage massageeeeee. :p 





khalish, mama syak papa dengki laaaaa. :p zaman papa dulu takdeee spa massage segala time baby nii. hihihi. haa nanti korang boleh bawak baby masing-masing datang sini ye. dorang spa khas untuk baby dari yang baru lahir sampaiiiiiiiii umur 3 tahun. nanti pegiii ehhhh. ;)




khalish lepas nh 10x sesi lagi sebab aku yang beria2 suh hubby ambik package dia rm5++ untuk 10x sesi..Muahaha..anak xde apa2 mak je yang over..Patut khalish berterima kasih dekat mama tau..hihihi..