Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh ditemui mati dalam kereta
ROSALWANI CHE SOH
2 September 2012
Rosyuri Mat Rifin
[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU - Naib Ketua Pemuda Umno
Ketereh, Rosyuri Mat Riffin, 44, ditemui mati dalam kereta, dipercayai
selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan
dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam
tadi.
Rosyuri, 44, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.
Menurut saksi kejadian, Rosnani Jusoh, dia hanya menyedari mangsa
berada di dalam kereta selepas membuka pintu kenderaan itu, yang tidak
dikunci dari dalam.
“Pada mulanya saya hanya nampak sebuah kereta di parkir di tengah jalan
yang menghalang lalu lintas, lalu saya cuba mendekati kenderaan itu.
“Apabila saya menjenguk di dalam, saya tidak nampak pemandunya, kerana
cermin kereta itu agak gelap, lalu cuba membuka pintunya dan alangkah
terkejutnya saya apabila melihat seorang lelaki tidak sedarkan diri,
dipenuhi dengan kesan muntah di pakaiannya,” katanya kepada Sinar
Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham
Othman ketika dihubungi mengesahkan, mangsa ditemui dalam keadaan duduk
di tempat pemandu dan terdapat kesan muntah.
“Polis menerima panggilan daripada orang ramai yang melaporkan ada
seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di tepi jalan di
simpang empat lorong belakang Al-Quds Travel, Wakaf Siku.
“Kali terakhir dia dilihat selepas menonton perlawanan bola sepak di stadium,” katanya.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Maziranida Mat Zain dan enam orang
anak dan menurut isterinya dia terakhir melihat mangsa adalah pada
waktu maghrib dan memberitahu mahu menonton perlawanan bola sepak.
Menurut laporan perubatan, Rosyuri disahkan meninggal dunia akibat
serangan jantung dan beliau juga mempunyai rekod menghidap kencing
manis, darah tinggi dan jantung.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Sumber dari Harian Metro n Berita Mingguan
Insyallah pd tiap2 mlm jumaat akan diadakan tahlil utk ''arwah''..sedih sngt2 sbb xdpt tlg diaorg sume..Insyallah utk 40hari nnt k.cik akan blik..
Tunggu sambungannya nanti...............