Friday 2 January 2015

Gudbye 2014-Welcome 2015


Assalamualaikum semua

Selamat menyambut tahun baru uolls, selamat tinggal tahun 2014 yang banyak kenangan suka & duka, sungguh tragis kalau hendak dihitung satu persatu. Semoga tahun 2015 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk diri aku dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Semoga negara kita Malaysia terus aman dan selamat hendaknya.

Agak malas kerja untuk hari ini, maklumla setelah cuti panjang sebelum ini, memandangkan hari ini je kerja esok da cuti terpaksa gagahkan diri juga.

Memandangkan birthday aku jatuh pada tahun baru 01.01.1985..So semalam genaplah umur aku 30 tahun..Uhuk..uhuk..uhuk..Sungguh tragis bila angka 3 dihadapan. Hahaha..Semoga dengan peningkatan usia nh aku akan menjadi lebih matang dan lebih2 bekerja dengan berdedikasi. In sha allah. Apa2 pun doakan yang terbaik utk aku ya kawan2 sekalian. Aminn.


Monday 1 December 2014

Hippopo Spa untuk baby berenang


Assalamualaikum semua

Lama betul saya xupdate & xbukak blog nh..hihi..Nak buat macam mana xde masa n kesempatan untuk update blog, maklumla hujung2 tahun nh bizi dengan Hari Terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana yang akan diadakan nanti pada 13hb & 14hb Disember di Yayasan Kepimpinan Perdana.Semua dijemput hadir ya.

Hari ni aku nk update cerita pasal khalish mandi kolam n massage skali ya..hihi..Sebenarnya da lama papa khalish nk bawak khalish mandi kolam dekat rumah tu, tapi bila aku fikir balik risau jugak sebab takut khalish demam maklumla khalish kecik lagi baru 6bulan lebih, kot2 lepas mandi kolam dia demam xpasal2 aku yang merana, dari anak xsakit terus jadi sakit..huwaaa..

Sabtu hari tu kebetulan papa khalish xkerja minggu tu, so aku ajak papa khalish pegi Pureen sale dekat Gleenmarie, Shah Alam. Kitaorg sampai sana dalam pukul 2 lebih dah, ingatkan xramai orang, sekali masuk tengok orang da beratur panjang untuk bayar, belum aku masuk bahagian baju2 nak pilih lagi, sekali hubby kata keluar lah, kita pergi bahagian sabun2, pampers, botol2 susu n lain2..Nasib aku suh adik ipar aku beratur siap2, kalau x maghrib aku duk beratur kat situ lagi, punya la ramai gila orang.

Masa otw balik dari Shah Alam, hubby tanya aku nak pergi mana lagi, gigih la aku cerita kat hubby pasal aku baca 1blog nh dia bawak pergi spa baby anak dia, hubby tanya kt mana aku pun dengan gigih n bersemangat cari balik blog tu untuk dapatkan alamat tempat yang dia bawak pergi anak dia tuh.Nasib la hubby pun mengikut je bini dia nh..hahaha..Untuk anak punya pasal, sanggup buat apa saja katakan..Maka ke sana la kami berempat, mama, papa, khalish n Achik ja. Hipopo Baby Spa di Setia Walk Mall Puchong (Achik ja adalah adik hubby, dia datang sini sebab ada kursus dekat perodua rawang hari tu, sabtu malam tu jugak dia balik kelantan lepas settle kursus)


diaorang ada 4 cawangan kalau tak silap aku. satu dekat Setia Walk Mall Puchong, satu dekat Great Eastern Mall, satu dekat Centrepoint Bandar Utama, dan satu lagi dekat Penang. yang aku pegi ni dekat Setia Walk Mall Puchong first impression aku masuk spa ni, ehh bestnyaa. macam tadika laaa. kikiki ;) siap pasang background music children's rhymes lagiii. ;) so sampai-sampai je dekat spa ni, akan ada sorang staff yang handle baby kita dari awal sampaiiiiii akhir. tempoh sesi di spa ni adalah satu jam. 30 minit pertama adalah untuk berenang, 30 minit seterusnya adalah untuk massage. harga pakej yang aku amek ni RM87. jadi masa mula-mula sampai takkan dorang nak terus humban khalish dalam kolam, kalau diaorg buat gitu, aku humban diaorang balik..muahahaha :p dorang buat sesi stretching duluuuuuu untuk kasi warming up. :)


lepas tu baruuu dorang slow-slow bagi khalish membiasakan diri dengan air..baby ni kadang2 kita tak boleh paksa dia kan..kang xpasal2 menangis time2 tu haruuuuu..korang jangan risauuu, dorang semua sangat terlatih. berpengalaman sangatttt sebab setiap jam setiap hari main dengan baby. hihihi ;) 


masa mula-mula dorang letak khalish dalam air tu diaorang tanya aku khalish umur berapa. aku cakap 6bulan dh. dia dah pernah berenang mana-mana ke sebelum ni kak? sebab ada setengah budak, bila pertama kali, dorang akan menangis. khalish baikkk jee behave tak nangis pun. eh ye kee? jangan cakap macam tuu. saya pon tak sangka. tapi khalish ada rasa jakun jap sebab xpernah dapat mandi kolam seluas nh..muahaha..ni first time dia berendam secara bebas. selalu dia berendam dalam bathtub ikea yang harga RM19.90 tu jewww..kahkahkah..






tengokkkkkkkkk..papa khalish xtinggal khalish tau walau sesaat..macam papa pulak teruja walau khalish yang mandi kolam..muahahaha..



anyonyoooo bagusnya anak mama niii. tak nangis langsung walaupun masa mula-mula berenang dia macam gayat sikit. asyikk la pegang jariii selagi dia tak yakin diri. sekaliii bila dah yakinn, haa amek kawwww. siap menari-nariii. hihii...tapi muka xleh blah..xsenyum langsung bby khalish nh..pasrah jerla..hahaha..


sesi seterusnya adalah massage massageeeeee. :p 





khalish, mama syak papa dengki laaaaa. :p zaman papa dulu takdeee spa massage segala time baby nii. hihihi. haa nanti korang boleh bawak baby masing-masing datang sini ye. dorang spa khas untuk baby dari yang baru lahir sampaiiiiiiiii umur 3 tahun. nanti pegiii ehhhh. ;)




khalish lepas nh 10x sesi lagi sebab aku yang beria2 suh hubby ambik package dia rm5++ untuk 10x sesi..Muahaha..anak xde apa2 mak je yang over..Patut khalish berterima kasih dekat mama tau..hihihi..



Wednesday 18 December 2013

Pengalaman Check-up buat X ke-2

Assalamualaikum semua..

Yuhuuuuuu lamanya xmengarang dalam blog aku nh..Rindu pulak rasa nak mencoret sepatah dua kata..hehe..Ni bukan sepatah dua kata dah nh, ni memang dah berkata-kata betul dah nh..Sorry la ya kawan2..hekhekhek..Pengalaman preggy sekarang nh alhamdulillah dah xde alahan apa2 dh..Cuma alahan sekarang nh asal lapar jer kena makan terus, walaupun dah makan pagi, masuk tengahari comform lapar balik, asal malam wajib kena makan, sebab tu kat meja aku macam2 makanan ada, asal lapar sikit makan, janji jangan buat muntah sudah..Kihkihkih..Kalau x makan tekak nh rasa loya2 asyik nk muntah jer..Dari asyik duk loya2, baik aku makan jer khenn..Janji berat badan x bertambah sangat..Kalau bertambah sikit2 tu normal la khen..hihihi..

 

     Check-up minggu lepas berat badan alhamdulillah 62.3 jer dari 1st check-up tuh 61.7 kilo..Sikit je naik beratkan..Alhamdulillah naik sikit jer berat walaupun kerjanya asyik makan jer..hihi..Tapi masalah hb kureng plk..Haishhhh xtau la nape tiba2 platlet darah xcantik pulak..So, terpaksa kena refer kt klinik p9 pulak, sebab klinik yang aku check-up kt klinik kesihatan p11 kelengkapan dia xcukup lengkap, so apa2 masalah dia akan refer pd klinik p9, tu satu kekurangan kt klinik p11, tapi cepat berbanding dengan klinik p9 yang lambat dan orang ramai, tu aku malas pergi situ...Haishhh..Apa2 masalah kena refer situ jugak..Pening arrrrrr..Semalam aku pergi klinik p9 untuk minum air gula dan ambik darah sebanyak 2x, tapi sebelum pergi klinik tu, malam tu aku kena start puasa dari pukul 10 malam sampai la ambik darah buat X ke2 baru aku boleh makan n minum seperti biasa.

 

        Ok aku cerita pengalaman minum air gula eh..(Sume orang pelik asal aku kena minum air gula awal sangat, macam diaorang dulu2, 7,8 bulan baru start minum, tapi xperla mana2 janji baby n mama dia sihat pun dah alhamdulillah dah..hihihi)..Lps nama aku dipanggil aku masuk untuk ambik darah buat x pertama lepas tu nurse suh minum air gula yang tersusun cantikkkkkkkkkkkkk jer atas meja..Aku dah rasa semacam dh time tuh tengok air2 gula kat situ..Sebelum aku ada la 2orang kakak time tuh tengah minum air gula. Aku tengok diaorang sambil minum sambil2 urut dada..Macam mana la aku nak minum nanti, aku cakap dalam hati jerla..Tawakal ajerla nh..Aku pun pergi la kt meja ambik satu gelas, nasib ada perasa blackcurrant lagi ko..hikhikhik..Rupanya air tu sejukkkkkkkkkkkkkkk jer..Sebelum tu kawan aku ada cerita dia cakap kalau minum air gula nanti kan kita puasa comfom2 dahaga kan, buat macam kita minum air masak, minum senafas jer.Aku pun angkat gelas terus minum dengan selambar..Alhamdulillah berjaya jugak aku habiskan air gula perasa blackcurrant tanpa rasa2 loya nak muntah..hihihi..Tapi selang setengah jam lepas tuh, rasa mual2 nk muntah sambil2 tunggu untuk ambik darah buat x ke-2..Ambik koooo..Haishhh nasib rasa je, xmuntah betul2..hihihi..

 

      Check-up untuk X ke-3 bulan1 pulak nanti, dengan scan sekali nak tau jantina boy or girl..Kalau la nampak dan baby xsorok tutttttttttttt dia kan..hikhikhik..Harap2 la dapat baby??????? Jeng..jeng..jeng...rahsia..Hihihi..Tapi kalau dapat boy or girl kitaorang xkisah pun, janji baby sihat2 ya..





p/s: Yang xsabar nak tau baby boy or girl..hihihi





Monday 18 November 2013

K.cik junior next year

Assalamualaikum semua

Sorry sebab lama xupdate blog.Bukan ape sebab xde mood n xde benda yang nak dikongsikan sebenarnya..hihi..Now, aku ada benda nak dikongsikan dengan uollsssss..hihi..Alhamdulillah...finally, selama 1tahun 2 bulan usia perkahwinanku, sudah terjawab sudah..Kini aku disahkan hamil 11mggu aka nak msuk 3bulan..Hihihi..Ni boleh dikatakan hadiah birthday untuk hubby aku jugak sempena birthday dia 27/10 hari tuh.

      Actually, aku pun xtau aku pregnant sebenarnya, yang dapat tau 2hari sebelum hendak balik kg Raya Haji hari tuh..Malam tu aku makan maggi, sebab dah lama teringin nak makan maggi lepas puasa hari tuh, tiba2 terjaga kul2.00am rasa basah2, ingat nak period, aku pakaila pad siap2, sekali bangun pagi esok tu xde kesan darah pun pada pad tuh..Pelik jugak tetiba xpernah jadi macam nh..Dah la hubby xde time tu dia outstation kat Kelantan 1mggu, lagi la cuak sorang2 xtau apa..Nasib la time tu kakak aku ada kt rumah, sepeninggalan suami dia buat Haji dia duk rumah aku..Aku cerita la dekat dia, sekali dia kata kot2 prgnant kot..Ce try cek dia kata..Hah pregnant??? Omg..Omg..Omg..Biar betul..Dalam hati nh dah gundah gulana dh, sama sekali rasa takut pun ada..Xnak bagi tau hubby lagi tunggu dia balik outstation dulu baru nak bagi tau dia, sekali malam tuh kuar darah lagi sambil2 nak tunggu solat isyak, haisssshhhh xlh jadi nh sama darah yang malam tuh kuar..Siang x, asal malam je kuar darah, tu yang jadi musykhil tuh..Sekali xboleh tahan terus call cerita kat hubby.


         Hubby dalam keadaan teruja n cuak nh cakap suh aku tunggu dia balik outstation dulu, nanti dia bawak aku g klinik, selama 2mlm tu la xboleh tido duk fikir ape sebenarnya yang keluar..Klu prgnant aku ucap syukur la khen, tapi kalu benda lain macam mana..Takutnyaaaaaa..Sekarang ni kan macam2 penyakit ada..Macam2 aku fikir, dh la hubby duk jauh..Petang tu hubby sampai rumah, lepas maghrib kitaorg g klinik, aku ajak hubby masuk skali jumpa doc..Cek upt + tp kabur sikit..Doc suh aku datang klinik balik lepas 2minggu..Dia xbagi aku stress, buat kerja berat2, jaga makan minum semua..Aku cerita la dekat doc pasal darah yang keluar tuh, doc kata xde apa2, abaikan..Tu perkara normal bagi ibu2 yang 1st nak pregnant, ok lega sikit bila doc cakap macam tuh..Dh la esoknya aku nak travel jauh balik kampung makan masa 8jam ko..Jauh tu..Omg..Omg..Omg..Nak xnak terpaksa la hubby drive balik kg hati2..Alhamdulillah selamat sampai akhirnya..Xde apa2 benda yang berlaku..

        Bila balik kg, gigi pulak buat hal, sakit gigi sepanjang nak raya tuh..Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa sakitnya..Sampai bengkak2 gusi..2hari jugakla xmakan nasi, makan benda2 ringan jer..Perut lapar tapi memang xlh nk telan nasi..Dh la raya qorban, orang lain makan nasi lauk daging, aku makan nasi lauk ikan..Memang dugaan betullah..Gigi pun time2 ni la ko nk buat hal..Aduyaaaaiii..Nauzubillah, seksanya sakit gigi..Bila semua dah tau aku nh baru2 nak prgnant masing2 suh duk rehat2 ajerla, xyah buat apa2 kerja..Masa tu rasa dunia nh aku yang punya, sume orang xbagi buat kerja, suh duk rehat2 jer..Pergghhhhh memang terbaik ar rasa..Hihihi..

        Aku perasan aku last period lepas raya puasa hari tuh, lepas aku g berurut balik raya hari tuh..Niat nak pegi berurut sebab selalu sakit2 pinggang, sakit2 dalam perut, perut pun rasa keras semacam je, sekali dah berurut macam tok bidan tu kata macam ada benda menumpang dalam perut aku nh..Macam tok bidan aku pegi nh dia boleh berubat orang jugaklah..Tok bidan tu kata, macam aku terima ayat2 pelik dari seseorang..Memang aku xingat la sapa2 bagi semua tuh..Sebab aku jenis berkawan aku percayakan kawan aku 100%..Alhamdulillah, lepas aku ikut segala pantang larang dia, finally aku dah pregnant..Tapi dalam hati tertanya2 jugak, sapa hantar benda2 pelik nh pada aku hah??? Speechless...Pada orang yang buat pada aku tu, aku dah maafkan engkau, aku xnak doa yang bukan2, sebab aku pun dah pregnant sekarang tapi bertaubatlah, insaflah sebab akhirnya kamu akan menjawab d akhirat nanti..Salah sesama manusia kita boleh ampunkan lagi tapi salah sama Allah, wallahualam...

        Dan rabu lepas 13/11/13 dah g buat buku pinky..Dah scan pun skali, doc tunjuk jantung baby sekali..Terujanya rasa..Xde apa benda yang mampu diungkapkan hanya padamu ku panjatkan syukur dan berterima kasih banyak2 Ya Allah..Segala2 impian dan harapan kami sudah tercapai..Wahhh terharu rasa bila dalam perut nh dah ada baby..Syukur sangat2 ya Allah..Hihihi..Insha Allah kalau xde apa2 aku dijangka bersalin 1/6/14..Diharap kawan2 semua sentiasa mendoakan moga2 baby n mama nya nh sihat walafiat ya..Hihihi..2nd appoitment nanti kena minum air gula..huhuhu..

       Ok bye, itu saja nk diceritakan..Nanti ada masa dan kelapangan kita bersua kembali..Bye2..




Monday 21 October 2013

Tahan sakit gigi

Assalamualaikum uollsssssss..

Ehem..ehem..lamanya I xupdate blog kesayangan I ni khen..Mesti uolls rindu kat I khen..Hahahaha..Perasan sorang2 pun xpe, padahal xde orang pun nak baca blog I nh, sj je untuk suka2..Xmacam blog2 orang lain follower boleh mencecah ribu riban, puluhan ribu puluhan riban, tapi xpe bukan I buat blog untuk masuk bertanding pun.Kata dah nama untuk suka2 kan, so time suka update time xsuka langsung xde ape2 cerita..Hahaha, boleh gitewww..

Ok berbalik pada entry sakit gigi..Sebenarnya dah 5hari lagi duk tahan sakit gigi, 2hari nak raya duk main sakit gigi, time sakit nak cabut..nak cabut..time xsakit buat xtau pun pasal gigi nh..Tapi kenapa orang kata kalau pregnant xboleh cabut gigi, even kalau dia bagi ubat tahan sakit sekali pun, 50-50 lagi nak telan ke x..Hentahla sebab xde pengalaman lagi kan, kalau ada pengalaman tu tau la serba sedikit..hehe..Iye doppp? Bila dah sakit harrr rasakan sendiri macam mana, diri sendiri yang menanggungnya.Selalu macam nh..Adussss..Dugaan betullah..Nak kata sakit gigi sebab makan daging banyak sangat memang x la sebab sakit gigi sebelum raya qurban lagi..Raya hari tu pun xg mana2 pun duk umah baring tido je kerjanya, alangkah bahagianya boleh tido baring2 rehat macam tu hari2 khen, tapi kalau balik rumah mertua lagi best, asyik tido jer, 1 kerja pun langsung mak xbagi buat..Untungnya dapat mertua macam tu..hihihi..

Sakit gigi sampai boleh bengkak2 gusi..Kalau dah bengkak memang xsakit dah la kan, cuma jadi bengkak malu la pulak orang tengok..hahaha..Padahal dah bengkak 2hari sebelum balik putrajaya, sampai sekarang xkebah2 lagi, acaner tuh..Muka jadi senget sebelah dah macam duk makan gula2 dalam mulut, padahal xde apa2 pun dalam mulut..hahaha..Arrghhh lantakla janji xbuat sakit dah, daripada duk main sakit gigi, 1 kerja pun xboleh buat ape nanti..Insha allah, lepas nh nak g cabut sume gigi biar tinggal gusi je, boleh pasang gigi palsu biar berkilat dari jauh dah nampak..hahaha..Baru puas hati, dari duk tahan2 sakit gigi nh, seksa jiwa raga..

Friday 13 September 2013

Come Join Us

Salam, hai kawan2 sume..

   Saya xnak cakap banyak, so sape2 yang free & berkelapangan pada 27-29hb September nanti sila datang dan join kami semua Sirkit Pancing Putrajaya 3/2013 dan hari terbuka Yayasan Kepimpinan Perdana sempena hari kemerdekaan yang akan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana sendiri..Insha allah, banyak acara2 menarik yang akan disediakan nanti.






 



Friday 16 August 2013

Selamat Hari Raya Semua-Syawal ke-9

Assalamualaikum

Selamat petang semua.Malasnya nak start kerja lagi, tambah2 masih mood raya lagi, alangkah bestnya kalau dapat cuti panjang, hihihi..padahal baru semalam masuk ofis, patutnya rabu lagi tapi terpaksa EL sebab masih kat kampung ada kenduri kahwin, nasib hari nh jumaat dah, esok lusa cuti..Bestnyaaaaa..boleh lepak2 kat rumah dengan hubby..Hihihi..Tapi esok lusa ada kawan buat open house, xtau lagi nak join ke x, tengok keadaan cm ne..

Selamat hari raya kawan2 semua, selama kat kampung xsempat nk on9, maklumla internet slow gila2 macam siput..Tambah2 musim raya, xsempat nak berinternet bagai, kita berhari raya je jumpa sanak saudara semua bermaaf-maafan di hari lebaran yang mulia..Hihi..Pagi raya tu sempat la beraya sehari setengah dengan hubby, lepas solat jumaat hubby bertolak balik putrajaya sebab malam tu dia kena kerja pulak..Sobs..sobs..sedih sebab kena tinggal sorang2 kt kampung lagi..Tapi raya ke4 hubby balik kampung balik sebab baru dia start cuti sampai la rabu ada kenduri kahwin..Lepas solat hari raya, dalam tengahari bersiap2 balik rumah mertua pulak.Ada la sekeping dua gambar untuk kenang-kenangan di hari tua..muahahaha..


pagi syawal di rumah mertua

ciuman dari suami terchentaaaa
   Raya ke-2 sempat beraya rumah mak sedara belah hubby jap sebelum dia bertolak balik putrajaya..Mula2 nak ikut hubby balik putrajaya teman dia, pastu hubby xbagi sebab xde orang kat rumah, balik putrajaya pun duk sorang2 jugak dia kerja, baik duk kampung boleh tolong2 ma kat rumah dia kata..

insha allah ada rezeki nanti untuk timang cahayamata sendiri setelah diubati

doakan kami cepat2 dapat baby

 Raya ke-3 pulak mak sedara dekat rumah buat makan2 sambil2 ada orang datang nak merisik anak dia, so 25hb nanti anak dia akan bertunang..Sorry fatihah sebab k.cik xdapat balik..Simpan cuti untuk Raya Haji pulak nanti..Kuikuikui..Lepas tu lepas asar abah ajak pergi kubur arwah nenek, atok belah ma dan tak lupa juga ziarah kubur arwah abg yie..Sampai sekarang xdapat lupakan arwag abg yie dah xde..Sedih sangat2 hanya ALLAH je yang mengerti..Ok2, xmo sedih2 sebab raya kan, so kita happy2 ok, hihihi..

Raya ke-4 dekat rumah aku pulak buat makan2 sikit ajak sedara mara semua, sempatla hubby sampai petang tu dapat join makan2 jugak, oyeahhhhh makin senyum lebar la aku senyum..hihihi..Malam tu tido rumah aku, esoknya pagi2 balik rumah hubby pulak.Nasib la rumah kami dekat je, xyah gaduh2 nak balik lama2 rumah sape2..Hihihi..Alhamdulillah, beruntung sngt2.Malam tu pulak a.ipar aku belanja makan kfc ramai2 kami adik beradik.

kfc hari ke4 raya

abi affan yang belanja malam tu..tq abg wea


Raya ke-5 pulak ada kenduri 2 tempat, kawan aku n kawan laki aku..Nasib la dekat je tempat kenduri, kalau x memang xpegi dah makan jame la nanti raya2 nh..Hihihi..


selamat pengantin baru mustakim.moga bahagia sampai syurga

pengantin laki kawan aku masa sek rendah

pengantin laki kawan hubby masa sek menengah
Raya ke-6 aku pergi berurut.Nanti aku cerita kemudian di sebalik kejadian kenapa sampai sekarang aku xdapat2 anak..Aku masih was2 samada nak percaya atau x, tapi semua tu atas usaha kita masing2 kan.Allah sendiri menyuruh kita berusaha, alhamdulillah sekurang2nya aku dah usaha..Insha allah, harap2 lepas ini ada jalan yang terbaik untuk aku n hubby..

Raya ke-7 ada kenduri sedara belah hubby, lepas makan2 dalam kul12.30 kitaorang bertolak balik putraya..Ok itu saja cerita di sebalik hari raya..




p/s: kurang2nya Allah masih bersama2 kita kerana dia lebih mengetahui apa yang berlaku.Aku redha n pasrah