Monday 21 January 2013

Hujung Minggu yang boring

Assalamualaikum semua..
Hari ini saya bawak bekal sandwich sardin dan nugget sahaja sebabnya menu ini request dari my hubby semalam tiba2 hendak makan breakfast sandwich sardin.Hahaha.Gigih la saya bangun kul4.30 pagi tadi untuk siapkan sandwich nh, special 4 my hubby tersayang.hehehehe (macam susah bebenor hendak buatnya, hehehe) Selalunya kul 5.15 or 5.20 hubby dah kuar rumah.So lebihan yang saya buatkan dekat hubby pagi tadi saya bawakla bekal untuk ke ofis.Tiap2 pagi memang saya dah breakfast kt rumah dah, ni cuma untuk menu tengahari dan petang di waktu sambil2 buat kerja sambil2 goyang kaki makan sandwich buatan saya sendiri nh.Fuhhhhh sedapnya sambil pekena milo panas.Kehkehkeh.Sape nak rasa, meh datang tempat saya, tapi alamakkkkkkkkkk dah hahis ler.Hehehe.Sorry bak kata Sumayyah.

Memandangkan sabtu hubby kena kerja ptg, so kul 10pg dah kena pergi kerja dah walaupun msuk kul 12.30.Pagi sabtu tuh teman hubby jogging jap, lepas joging beli makanan kt Pusat Kejiranan p11, mula2 ingat nak masak, sekali takut lambat beli ajerla siap2 senang, beli untuk ank sedara yang 2org tuh sekali.Petang tuh pulak alang2 hubby kerja, bawak ank buah pegi mandi kolam kt pusat kejiranan p11 tuh, hanya dikenakana bayaran rm1 bagi kanak2, rm2 bagi dewasa.Mandi sampai habis kecut kuku kaki tangan semua.Hehehe.

adam dan nureen

time nh xramai sangat lagi budak2 mandi

dah petang2 ckt barula budak2 makin ramai dtg ngn family msg2


Malam tuh pulak hubby ajak bawak budak2 tuh pegi jalan2 kt alamanda.Bawak diaorg makan KFC dan main bowling.Budak2 bukannya reti sangat main bowlingkan, alang2 diaorang beria2 nak main, so layankan ajerla.hehehe.Bukannya selalu diaorg datang sini.Beli brg kt carefour ckt, (ada kisah disebalik beli barang kt carefour) pusing2 alamanda jap pastu terus balik sebabnya esok tuh hubby kena kerja kena bangun kul 4pagi lagi kul 7 dah kena ada kt ofis sebab ada program aper ntah lupa.Kesian jugak dekat budak2 tuh datang time hubby kena kerja pulak, so xdapatla nak berjalan sangat.Tapi xperla bawak jalan mana yang sempat ajerla ya.

Semalam ahad kami xpergi mana2 pun sebabnya hubby kena kerja jugak, so duk kt rumah tido ajerla kerjanya, sambil2 tuh layan anak2 sedara layan movie upin ipin.Hehehe..

So itulah aktiviti hujung minggu yang paling boring.

Thursday 17 January 2013

ALAT TERAPI ION ELEKTRIK RENDAMAN KAKI


 Assalamualaikum semua..

Wahhhhhhh panjang betul tajuk saya hari ini.Hehehe.Cuma nak kongsikan cerita serba sedikit masa saya teman kakak dan a.ipar pergi buat rawatan kaki dekat klang ahad lepas.Kami xplanning pun sebenarnya nak kesana, alang2 waktu itu kami dari rumah abang yang tinggal dekat batu tiga shah alam, rupa2nya lagi dekat dari sana, cuma 10min sahaja, ingatkan jauh la jugakkan.

Kakak yang beria2 nak pergi sebenarnya, sebelum2 ini duk mengadu sakit kaki dan tumit kaki.Tiba2 dia call tanya member dia yang duduk dekat klang, kebetulan rawatan tu sebelah rumah dia jer.Sampai2 ingatkan xde orang sangat, sekali ramai gila.Masing2 bukannya dekat, jauh2.Ada yang dekat gombak, nilai,  kepong dan putrajaya macam kami nh, hehehe.Semuanya datang dengan family.Kebetulan 1family nh datang nak buat rawatan resdung lintah, kebetulan hari tu stok lintah xde, kalau x boleh saya cuba jugakkan, sebabnya saya nh kuat sangat resdung, kalau bangun pagi2 xbersin memang xsah.Tapi takut jugak dengan lintah.Geliiiiiiiiiiiiiiiii...Sabar jerla.Hehehe..

ni la alat terapi elektrik yang digunakan..by mr google..

ni la rupanya cara2 rendama kaki itu.Mula2 ok lama2 rasa gatal ckt kt kaki sebab air garam dia.

ni la rupa garam rendam kaki/badan yang digunakan

 Lupa nak ambik gambar kaki sendiri masa rendaman hari tuh sebabnya teruja  dan dalam masa sama takut ada perubahan pada kaki nanti.Hehehe.Ofkos ler dlm masa 30mnt rendaman tuh macam2 colour keluar dari kaki kita boleh tengok, ada colour koko, hijau2, oren2 ckt.Haisssshhh pelik nh.Saya sendiri pun takut tengok dengan kaki time tuh.Dalam kami bertiga buat tuh, colour saya paling pelik sekali keluar, orang tuh cakap 1st sebab saya suka minum air nescafe, (aper kaitan pulak kaki dengan air nescafe kan, pelik2 lah) sebab ke2 myb saya selalu stress dengan kerja, tido xmenentu,(bukannya saya ada anak kecik lagi pon nk berjaga mlm atoooooi) dan macam2 lagi lah.Terapi ini dikenakan bayaran rm10 sahaja dan dia shorkan kita buat 4x lagi untuk tengok keberkesanannya nanti.Tapi ibu mengandung tidak digalakkan mencuba ya.Tapi lepas saya buat terapi nh tiba2 saya xsihat dan demam kenapa erkkk? Sokay, abaikan....



Khasiat merendam kaki dengar garam bukit:
1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dr badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat kulit kaki yang pecah/merekah.

Cara merendam kaki:
1. Ambil satu besen air panas yang agak suam-suam dan menenggelamkan pergelangan kaki ke dalamnya.
2. Letakkan 2 sudu kecil garam bukit atau titisan minyak seperti peppermint/lemon.
3. Lakukan selama 10-15 minit.

Merendamkan kaki ke dalam air dingin pula sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah imsonia atau sukar tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingi. Perubatan ini berguna bagi mereka yang ada lelah, pendarahan hidung, selesema dan sembelit.


* xtau bila pulak boleh pergi untuk next appointment.

Tuesday 15 January 2013

tq PLF

Selamat Tengahari semua..

Harrrrrrrrr..korg jangan salah anggap pulak ya, sebab aper tiba2 saya ucap TQ PLF pulak.kehkehkeh.Bukan sebab dapat naik pangkat or dapat bonus or menang saguhati aper2 nh ya.Kalau dapat salah satu kat atas tuh, bukan setakat PLF saya ucap terima kasih, pada semua2 lah termasuk Tun M, Tun Siti, bodyguard2 Tun dan driver Tun sekali lah..Hahahaha..Nak tau sebab aper, sila baca dibawah.(mcm dapat wang sejuta bunyinya)

 



 Ni cerita pada sabtu lepas, 05/01/2013 pergi alamanda untuk tebus kopun yang berharga RM20 yang mana expired kopun itu pada 08/01/2013 selama 2bulan, sempena ''OPEN DAY PLF 2012'' hari tuh yang diadakan di Perdana Leadership Foundation (PLF) Putrajaya pada 07/11/2012 (Rabu).Nasib baik kak niza tolong ingatkan, kalau x rugi saja kopun RM20 hari tuh.hehehe..(Time kasih k.niza.)Walaupon jumlahnya sedikit, tapi amat bermakna buat saya, kurang2nya saya boleh beli buku untuk bacaan sendiri, tapi saya beli buku untuk bacaan sumayyah.Nak tau buku aper saya beli untuk dia, jeng..jeng..jeng..


 



siri buku pantas membaca siap ada CD lagi n koleksi cerita aesop

1buku guna kupon dan satu lg tambah ckt2..

ni lah budak yang makin bnyk ragam.klu dengan saya xdenya nk manja2.
Duduk rumah pengasuh bukan main cantik, rambut selalu ikat jer, klu kat rumah sendiri, xde maknanya nak cantik2, kadang2 kat rumah pakai spandle jer, rambut pulak mengerbang dah rupa hantu kopek dah.Hahaha.Kalau hari2 xpujuk memang xsah.Kalau dengan makciknya nh xde maknanya nak pujuk2, lagi saya sekeh kepala dia ada la..hahaha..nak ngada2 sangat.Haaaaaaa kan dah kena..



Monday 14 January 2013

WORDLESS MONDAY

Hari ini nak cerita pasal sambutan birthday abang chik yang diadakan pada ahad lepas.Kitaorg celebrate awal 4hr, birthdaynya jatuh pada hari khamis 10/01/2013 sepatutnya..Kitaorg xplan pun nak sambut awal, alang2 sume ada hari tuh bolehla buat terus.Kami buat ala kadar jer, beli kfc ckt n makan kat kedai ramai2.Kitaorg jumpa ahad tuh sebabnya member2 hubby tolong kami angkat barang untuk pindah rumah ke putrajaya nh.Memandangkan rumah lama hari tuh ada orang nak masuk, terpaksa la kami pindah.Ingat x entry birthday saya yang lepas yang orangnya bagi pinjam rumah, itulah orangnya.Aper2 pon jom kita layan pic dlu: sorry la ya, sebabnya saya memang hantu gambar..kehkehkeh..Setiap entry ofkos ler ada gmbr.hehe..

surprise..dari kami utk abg chik
happy birthday abg chik..

hubby, abg chik, adik a.long, a.long, k.fiza n bby rayyan..

harusla saya ada sekali..kehkehkeh..


Makan besar pada malam itu, semuanya ditaja oleh hubby saya sebabnya belanja diaorg sekali tolong kemaskan rumah dan tolong angkat barang2 kami.Tq so much pada kalian semua.Jasa dan pengorbanan korg semua hanya ALLAH swt jer yang dapat membalasnya.Semoga ikatan persahabatan kita kekal sampai bila2..

*Malam tu berlaku peristiwa yang xpernah2 saya jangkakan.Akan saya semadikan dalam sanubari ini menjadi kenangan dan mimpi ngeri.Terima kasih ALLAH kerana selalu bagi diri ini kesabaran dan kemaafan untuk setiap insan.

Friday 11 January 2013

HASIL KREATIVITI ANAK SAUDARA

Assalamualaikum & Salam Jumaat semua..
Malas nak cakap banyak, jom tengok gambar hasil editing oleh anak sedara saya..(anak abg yg meninggal hari tuh)..cantik ke x..hehehe..kreatif btul ank buah saya nh, lbh kreatif dr m.ciknya..Daripada xcantik, terussssssssss jadi cantik m.ciknya..kan..kan..kan..kehkehkeh..




ni masa umh belah saya n belah suami..

mlm akad nikah..

adoooooi sakit mata2 tngk..hehehe..terlampau kreatif sngt, cm ni la jadinya..

dah selesai akad nikah..wif mmbr2 hubby

pic yg ni plg saya suka sbbnya hnya kami ber2 jer..kehkehkeh..

sweet gitewwww

ahahahhaa..yg ni plg xblh blah spek bingkai merah tuh..kuikuikui..

kt atas tuh pic hubby zmn muda2 remaja..kuikuikui..

pic ni plg sedih skali..saya sorg jer yg masih setia d cni..sobs..sobs..sobs..
malam akad nikah..



Tq baby, (panggilan utk ank sedara) nama sebenarnya anis sofiya..bila edit2 balik smuanya nmpk cntik2..Tiba2 m.cik rasa terharu sangat xtau kenapa..Myb ingatkan ''arwah papa'' selepas 1mggu m.cik kawen, ''arwah papa'' pula dijemput Ilahi...:( sedih sngt2 rasa time nh..Dahla masa tuh xsempat tatap wajah ''arwah'' buat x terakhir, sampai2 mereka dah kebumikan ''arwah'', katanya jenazah dah lama sangat..Xperla aku redha time nh, itu yg terbaik untuk ''arwah''..Hanya Allah jer yg mengetahui segala2nya..Banyak kenangan suka dan duka bersamanya...

Sempena hari Jumaat hari yang mulia ini, marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah dan sentiasa iringkan doa untuknya di sana..Padanya kita datang, dan padanya jua-lah kita pergi.Sampai masa nanti kita pun akan kesana jua..

So, marilah kawan2 kita sama2lah muhasabahkan diri masing2 & lebih mendekatkan diri lagi pada yang maha esa..Insha allah..




Friday 4 January 2013

Jawapan Tag dari Miss Hidy

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua.

Memandangkan hari ini hari jumaat, esok cuti so bolehla saya berfoya2 sekejap sebabnya hari ini kerja sudah separuh siap.hehehe.Kalau hari2 macam ini kan best..ekekeke..ok berbalik pada entry saya hari ini..

Malas betul nak jawab soalan dari Miss Hidy nh, tapi untuk kawan punya pasal saya jawab la ek : @_


1.Siapa diri saya dirumah?
  • Kalau dikampung semestinyalah anak kesayangan dan kemanjaan ma saya.
  • Kalau disini semestinya my hubby.Suka bermanja2 dengan dia geytoww..
2. Siapa diri saya disamping rakan?
  • Seorang teman yang boleh berkongsi segala suka dan duka.u alls can believe me.
   
3. LIMA benda yang diidam-idamkan tapi tak dapat lagi?

     Pekerjaan yang tetap yang dapat membantu hubby untuk masa hadapan
     Sebuah kereta yang boleh membawa anak2 bersiar2 bila mana kesibukan suami
     Rumah sendiri, xper kecik janji ada tempat untuk berteduh
     Nak baby tapi sampai sekarang xpregnant2 lagi.
     Nak beli hp yang boleh tweet2 getowwww.

4. Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya?

     hubby saya - Mohd Ariff bin Mohd Yusoff

5. Ceritakan LIMA perkara saya paling suka tentang dia

    Selalu bagi nasihat...
    Always positive..
    Teman yang yang boleh berkongsi segala cerita
    Pandai berjimat cermat.. (saya suka boros)
    Yang penting tak cemburu

6. Tarikh membina ikatan?

    Mula mengenali hubby 2011, tarikh pertunangan 16/03/2012..Tarikh perkahwinan 19/08/2012

7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?

    Setakat ini xde pahit2 or masam2 lagi, semuanya manis2 belako.

8. Lagu Tema Cinta?

    Apo kono eh jang-fida ibrahin feat dato' ac mizal & stellar band

9. Apa perubahan yang saya nak tengok pada dia?

  Takde ape2 yang patut berubah.Semuanya complete n perfect.

  Harap sangat2 moga2 hubby dapat tukar tempat kerja lebih dekat dengan saya.

10. Tag member laen

 Tokse (ayat ngeri klate cik siti wan kembang)

p/s: nasib baik xpayah bnyk fikir sngt.hehehe..
 


Thursday 3 January 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU

 




                                                                Diucapkan Selamat Pengantin Baru.

Selamat menempuh alam baru.Segala2nya baru.Jadilah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab dimata isteri dan anak2 nanti.Didoakan semoga rumahtangga sentiasa aman dan bahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dunia mahupun akhirat.Insya Allah....Amin..Setiap manusia adalah BERSAUDARA...Band of Brothers..Peace Yoooo.. :)


****Sama cantik sama padan.Comel sangat2..Suka..suka..suka.. @_@



Wednesday 2 January 2013

Ada ape dengan 01012013???

Salam and evening everybody..

Ada ape dengan 01012013??? Seperti semua sedia maklum hari nh hari ke2 kita memasuki tahun baru dan semestinyalah azam pon semuanya baru kan..0101 merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yg ke-28 juga..Betapa tua nya dah saya..huhu..Tp ape2 pon tetap sweet 28 gitu..hehehe..Jom layan cerita n gmbr disebalik ambang 2013 dan tahun baru 2013..










saat2 ambang 2013

pengacara kak dibab n abg FBI

Kami xrancang pun sebenarnya nak pergi sambut ambang tahun baru mlm tuh, tengah2 santai sambil2 tonton tv, tiba2 hubby bagi tahu kawannya daripada ofis jempol call nak datang putrajaya nak sambut tahun baru kat sini katanya.Jauh gila kot diaorang nak datang sini.Tempat lain xde ker??? Malasnya nak keluar balik.Saya nh jenis kalau dah balik rumah nak keluar memang tak la, penat badan wei, baik rehat2 n santai kat rumah jer lagi baik, tapi fikir balik kesian pulak dekat diaorg datang jauh2, haissshh terpaksa la keluar jugak ambik hati hubby punya pasal.Kata azam tahun baru semuanya nak perubahan kan? kan? kan?.Hehehe.Kalau suruh hubby keluar sorang2, sah2 dia xnak.Nak xnak terpaksa la keluar jugak.Atooooooi..


peace yoooo

mrs debab n mr gems..

ambank..


Bangun2 pagi semalam hubby ajak kuar makan untuk celebrate birthday saya.Tiba2 rasa sedih, xtahu kenapa, dengan serta merta airmata bergenangan.Hubby cakap xperla kita celebrate berdua ajerla dulu, insyallah kalau ada rezeki pada tahun ini dapatla celebrate bertiga nanti..Haissshhh sampai kesitu hubby fikir..Hahahaha..lawak betullah dia tuh.Saya sedih bukan ape sebabnya antara kami berlima dah xmacam dulu.Masa birthday k.fiza sambut dekat pulau pangkor, birthday a.wea dekat dataran putrajaya jer sebabnya lepas kerja, birthday hubby sambut masa raya haji bersama family tiba2 time saya ber2 jer, kalau korg sedih x???? Dulu bukan main rapat dengan diaorang, pegi mana2 mesti bersama2, tapi sejak 2menjak nih masing2 bawak haluan masing2 dah jadi macam musuh.Mungkin ada salah n silap kami pada diaorg selama nh yang mana kami xsedari.Hanya mampu berdoa dan berdoa.Tapi xperla redha ajerla untuk sedapkan hati sendiri, janji hubby masih ingat dan sudi celebrate birthday saya.Alhamdulillah bersyukur sangat2.


Sebelum tu pegi shah alam jap, tiba2 abg chik call ajak mkn sekali, katanya nk belanja kami berdua makan sempena birthday saya.Tiba2 rasa terharu sangat kerana masih ada insan2 di sekeliling saya yang masih ingat birthday saya dan sanggup meraikan bersama2.Tapi dia suruh datang rumah dia dulu sebabnya nak pegi sekali.Saya time tuh memang xfikir ape dah janji dapat makan sebabnya lapar punya pasal breakfast dengan nugget jer.Sampai2 hubby cakap nak tumpang solat asar jap rumah abg chik, mula2 segan nak naik maklumla rumah bujangkan, sekali...............................................................................................................................jeng..jeng..jeng..

                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *
                                                                                            *

Masuk2 rumah abg chik, terkejutttttttttttttt tiba2 k.fiza, a.wea n baby rayyan tersengeh depan pintu...Ya allah, time tuh xtau nak kata aper dah, memang terkejut sangat2, memang xsuspek pon diaorang nak buat surprise macam nh, tanjat gegurl nh..hehehe..Rasa bersyukur sangat2 time tuh.Dengan serta merta peluk hubby (jangan ada yang jealous ya, ekekekeke) sebab dialah perancang segala2nya n dengan dibantu abg chik jugakla surprise besday gegurl menjadi..

happy birthday to me..hehehehe..

tq allah kerana saya masih bernafas di atas muka bumi ini

menu nasi ayam, puding caramel, bubur kacang, puding, nuget grng n mcm2 lg
hubby, me, k.fiza n a.wea.time nh baby rayyan tido

taraaaaaaa..me n baby rayyan yg montel dah bangun tido

hubby ngn BFF abg long n abg chik
Tq so much pada hubby tersayang n kwn2 semua yg xputus2 wish birthday kat fb saya, especially k.fiza, a.wea n ckgu ariff kerana bagi pinjam rumah untuk besday party kecil2an nh.Pandai betul korg plan erk sampai shida rasa terharu n nak nangis time tuh.Sedih bukan sebab aper sebab kami dah kembali bersama seperti sedia kala.Alhmdulillah, ku panjatkan syukur sangat2 padamu YA-Allah kerana inilah harta yang paling bernilai yang saya inginkan dalam hidup selama ini.Inilah hadiah hari lahir saya yang paling istimewa selain bahagia hidup disamping suami tercinta.Shida dah anggap korang semua macam kakak dan abang kandung shida sendiri.Moga2 hubangan kita semua kekal aman bahagia sampai bila2.LOVE n MISS U ALL..Muuaahhh..


present dr hubby n k.fiza..tq semua tiba2 rasa mcm kanak2..hihihi..



p/s: plan nk surprise birthday abg chik plak kt I-CITY weekend nh.Harap2 semua plan menjadi.