Monday 29 July 2013

Iftar bersama ofismate

Salam dan selamat petang semua
Pejam celik pejam celik, tinggal minggu ni je last kerja dah kan, horeyyyyy..Boleh balik kg, puasa sama2 dengan family kat kg pulak..hihi..Xsabarnyaaaaa..Macam mana persiapan raya korang semua, da settle belum? hihi..Saya semua settle dah cuma tinggal tudung je xsettle lagi sebabnya lupa colour ape baju raya..hehehe..Yang tu xperlah kemudian2 beli..

Entry pertama dari saya di bulan yang mulia ini.Hihihi.Sorry lama menyepikan diri atas sebab-sebab tertentu.Selamat Berpuasa dan selamat menjalani ibadah puasa kawan2 semua.Aku planning ajak kawan2 ofis semua nak mengadakan jamuan berbuka puasa kat luar ramai2.Jarang2 berbuka kat luar ramai2 best jugakkan, asyik berdua je kat rumah boring jugak..Hihihi..Alhamdulillah, semuanya dah selamat dah Isnin lepas kitaorang bukak puasa ramai2..Destinasi yang mendapat majoriti adalah di Umai Cafe Putrajaya, bersebelahan dengan Masjid Sultan Mizan.

ni map dia eh..eh korang nampak x tulisan dia tu

pemandangan dari masjid besi

suasana kt dalam tu

menu yang disediakan
Kat situ mereka menyediakan buffet ramadan, rm39 per person, ok la kan.Korang makan la seberapa banyak makanan yang disediakan kat situ, selagi perut boleh terima..hihi..Menu dia banyak, antaranya nasi campur, mee goreng, kuih teow goreng, lamb grill, kuih2, abc, laksa, mee kari dan macam2 lagi lah. Kalau tanya pendapat aku la kan, urmm makanan dia bolehla tahan sedap jugak, tapi puasa kan agak2la makan sikit je pun da kenyang..Makan ala kadar je pun, lepas solat maghrib boleh sambung makan balik, iye dop? hihi..Oh ya, kat situ pun disediakan surau jgk..Mula2 planning nk berbuka kat bangi, sah2 time kerja dah comfom2 jame kan nak pergi sana, so kami sepakat membawa berkat makan dekat umai cafe tu je, dekat pun dekat..Xla rushing nak pergi bangi nanti kan..Hehehe..

ofkos la harus ada

naimah, rosini, bella n saya

bersama geng2 ofis.laki rosini je xde dalam nh

bersama ofisate lagi tanpa suami d cc..sobs..sobs..


Iftar bersama kawan hubby pulak..

Jumaat tu pulak, kawan hubby call ajak bukak puasa sama2.Tanpa segan silu untuk menolaknya aku bersetuju sajo, yahhhooooo sebab xpayah masak..Hahaha..Bukan malas masak, tapi xtau nak masak ape dah untuk sahur dan berbuka tu...hahaha..(alasan)..Lepas balik kerja, cepat2 balik rumah mandi, solat asar dan dalam pukul 5.30 macam tu kitaorang gerak pergi nilai..Sampai2 sana dalam pukul 6.45 petang member2 hubby semua da sampai dan diaorang dah booking siap2 dah tempat dengan siap order sekali, cuma tunggu makanan sampai dan berbuka tu je..hehe..

cacat rasa blog tanpa ada gambar sekali..hihi..

sampai ke bawah2 penuh orang okeh

sedap makan ya bang..hihi..  

Menu hari tu nasi putih, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, kerabu mangga, tom yam campur, ayam masak merah, kuih2, air laici kang, air tembikai n air bandung sebabnya hubby ajak kawan dia untuk join sekali, jadi order untuk 3orang makan, order asing2, bayar asing2, boleh??? Total rm60..Kira murah la tu kan..Murah sangat2 rasa..Mentang2 la masing2 da dapat gaji,  main order je nk makan ape..hehe..nasib semua habis..hihihi..Time ni orang cina pun sibuk nak datang makan jugak okeh, kalau korang puasa ok la jugak, ni time orang berbuka ni la korang sibuk nk makan sekali..Chooiii..Padahal ada je kat depan tu kedai makan cina punya, xnak makan pulak, sakit ati.. (dalam gambar tu geng2 cina datang nak makan sama).

Dah siap makan, sembang2 jap dalam pukul 8.10 macam tu la kitaorg pergi solat dekat masjid usim..Tiba2 time nak balik tu, kawan hubby ajak pergi kt nilai stadium tertutup katanya ada jualan gudang besar-besaran The Store sempena hari raya.Hubby pun kata ok je sebab dia nak cari seluar n baju raya gk.Kitaorang ape lagi, bab2 jalan nh memang laju saja..hihi..Alang2 esok cuti kan, so bolehla balik lewat pun..hihi..Alang2 pergi sana, sempatla aku beli baju untuk anak-anak buah, adik dan untuk abang aku sekali..Aku xbeli ape2 pun sebab ingat esok tu nak g KL lagi..hahaha..



yg ni hubby punya

ni pulak utk adik n abg kt s.alam

ni pulak bju utk ank2 buah
 Ok itu saja untuk cerita hari ini.Kita bersua di lain entry lagi..Bye2 semua..




No comments:

Post a Comment