Friday 16 August 2013

Selamat Hari Raya Semua-Syawal ke-9

Assalamualaikum

Selamat petang semua.Malasnya nak start kerja lagi, tambah2 masih mood raya lagi, alangkah bestnya kalau dapat cuti panjang, hihihi..padahal baru semalam masuk ofis, patutnya rabu lagi tapi terpaksa EL sebab masih kat kampung ada kenduri kahwin, nasib hari nh jumaat dah, esok lusa cuti..Bestnyaaaaa..boleh lepak2 kat rumah dengan hubby..Hihihi..Tapi esok lusa ada kawan buat open house, xtau lagi nak join ke x, tengok keadaan cm ne..

Selamat hari raya kawan2 semua, selama kat kampung xsempat nk on9, maklumla internet slow gila2 macam siput..Tambah2 musim raya, xsempat nak berinternet bagai, kita berhari raya je jumpa sanak saudara semua bermaaf-maafan di hari lebaran yang mulia..Hihi..Pagi raya tu sempat la beraya sehari setengah dengan hubby, lepas solat jumaat hubby bertolak balik putrajaya sebab malam tu dia kena kerja pulak..Sobs..sobs..sedih sebab kena tinggal sorang2 kt kampung lagi..Tapi raya ke4 hubby balik kampung balik sebab baru dia start cuti sampai la rabu ada kenduri kahwin..Lepas solat hari raya, dalam tengahari bersiap2 balik rumah mertua pulak.Ada la sekeping dua gambar untuk kenang-kenangan di hari tua..muahahaha..


pagi syawal di rumah mertua

ciuman dari suami terchentaaaa
   Raya ke-2 sempat beraya rumah mak sedara belah hubby jap sebelum dia bertolak balik putrajaya..Mula2 nak ikut hubby balik putrajaya teman dia, pastu hubby xbagi sebab xde orang kat rumah, balik putrajaya pun duk sorang2 jugak dia kerja, baik duk kampung boleh tolong2 ma kat rumah dia kata..

insha allah ada rezeki nanti untuk timang cahayamata sendiri setelah diubati

doakan kami cepat2 dapat baby

 Raya ke-3 pulak mak sedara dekat rumah buat makan2 sambil2 ada orang datang nak merisik anak dia, so 25hb nanti anak dia akan bertunang..Sorry fatihah sebab k.cik xdapat balik..Simpan cuti untuk Raya Haji pulak nanti..Kuikuikui..Lepas tu lepas asar abah ajak pergi kubur arwah nenek, atok belah ma dan tak lupa juga ziarah kubur arwah abg yie..Sampai sekarang xdapat lupakan arwag abg yie dah xde..Sedih sangat2 hanya ALLAH je yang mengerti..Ok2, xmo sedih2 sebab raya kan, so kita happy2 ok, hihihi..

Raya ke-4 dekat rumah aku pulak buat makan2 sikit ajak sedara mara semua, sempatla hubby sampai petang tu dapat join makan2 jugak, oyeahhhhh makin senyum lebar la aku senyum..hihihi..Malam tu tido rumah aku, esoknya pagi2 balik rumah hubby pulak.Nasib la rumah kami dekat je, xyah gaduh2 nak balik lama2 rumah sape2..Hihihi..Alhamdulillah, beruntung sngt2.Malam tu pulak a.ipar aku belanja makan kfc ramai2 kami adik beradik.

kfc hari ke4 raya

abi affan yang belanja malam tu..tq abg wea


Raya ke-5 pulak ada kenduri 2 tempat, kawan aku n kawan laki aku..Nasib la dekat je tempat kenduri, kalau x memang xpegi dah makan jame la nanti raya2 nh..Hihihi..


selamat pengantin baru mustakim.moga bahagia sampai syurga

pengantin laki kawan aku masa sek rendah

pengantin laki kawan hubby masa sek menengah
Raya ke-6 aku pergi berurut.Nanti aku cerita kemudian di sebalik kejadian kenapa sampai sekarang aku xdapat2 anak..Aku masih was2 samada nak percaya atau x, tapi semua tu atas usaha kita masing2 kan.Allah sendiri menyuruh kita berusaha, alhamdulillah sekurang2nya aku dah usaha..Insha allah, harap2 lepas ini ada jalan yang terbaik untuk aku n hubby..

Raya ke-7 ada kenduri sedara belah hubby, lepas makan2 dalam kul12.30 kitaorang bertolak balik putraya..Ok itu saja cerita di sebalik hari raya..




p/s: kurang2nya Allah masih bersama2 kita kerana dia lebih mengetahui apa yang berlaku.Aku redha n pasrah


No comments:

Post a Comment