Monday, 29 July 2013

Iftar bersama ofismate

Salam dan selamat petang semua
Pejam celik pejam celik, tinggal minggu ni je last kerja dah kan, horeyyyyy..Boleh balik kg, puasa sama2 dengan family kat kg pulak..hihi..Xsabarnyaaaaa..Macam mana persiapan raya korang semua, da settle belum? hihi..Saya semua settle dah cuma tinggal tudung je xsettle lagi sebabnya lupa colour ape baju raya..hehehe..Yang tu xperlah kemudian2 beli..

Entry pertama dari saya di bulan yang mulia ini.Hihihi.Sorry lama menyepikan diri atas sebab-sebab tertentu.Selamat Berpuasa dan selamat menjalani ibadah puasa kawan2 semua.Aku planning ajak kawan2 ofis semua nak mengadakan jamuan berbuka puasa kat luar ramai2.Jarang2 berbuka kat luar ramai2 best jugakkan, asyik berdua je kat rumah boring jugak..Hihihi..Alhamdulillah, semuanya dah selamat dah Isnin lepas kitaorang bukak puasa ramai2..Destinasi yang mendapat majoriti adalah di Umai Cafe Putrajaya, bersebelahan dengan Masjid Sultan Mizan.

ni map dia eh..eh korang nampak x tulisan dia tu

pemandangan dari masjid besi

suasana kt dalam tu

menu yang disediakan
Kat situ mereka menyediakan buffet ramadan, rm39 per person, ok la kan.Korang makan la seberapa banyak makanan yang disediakan kat situ, selagi perut boleh terima..hihi..Menu dia banyak, antaranya nasi campur, mee goreng, kuih teow goreng, lamb grill, kuih2, abc, laksa, mee kari dan macam2 lagi lah. Kalau tanya pendapat aku la kan, urmm makanan dia bolehla tahan sedap jugak, tapi puasa kan agak2la makan sikit je pun da kenyang..Makan ala kadar je pun, lepas solat maghrib boleh sambung makan balik, iye dop? hihi..Oh ya, kat situ pun disediakan surau jgk..Mula2 planning nk berbuka kat bangi, sah2 time kerja dah comfom2 jame kan nak pergi sana, so kami sepakat membawa berkat makan dekat umai cafe tu je, dekat pun dekat..Xla rushing nak pergi bangi nanti kan..Hehehe..

ofkos la harus ada

naimah, rosini, bella n saya

bersama geng2 ofis.laki rosini je xde dalam nh

bersama ofisate lagi tanpa suami d cc..sobs..sobs..


Iftar bersama kawan hubby pulak..

Jumaat tu pulak, kawan hubby call ajak bukak puasa sama2.Tanpa segan silu untuk menolaknya aku bersetuju sajo, yahhhooooo sebab xpayah masak..Hahaha..Bukan malas masak, tapi xtau nak masak ape dah untuk sahur dan berbuka tu...hahaha..(alasan)..Lepas balik kerja, cepat2 balik rumah mandi, solat asar dan dalam pukul 5.30 macam tu kitaorang gerak pergi nilai..Sampai2 sana dalam pukul 6.45 petang member2 hubby semua da sampai dan diaorang dah booking siap2 dah tempat dengan siap order sekali, cuma tunggu makanan sampai dan berbuka tu je..hehe..

cacat rasa blog tanpa ada gambar sekali..hihi..

sampai ke bawah2 penuh orang okeh

sedap makan ya bang..hihi..  

Menu hari tu nasi putih, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, telur dadar, kerabu mangga, tom yam campur, ayam masak merah, kuih2, air laici kang, air tembikai n air bandung sebabnya hubby ajak kawan dia untuk join sekali, jadi order untuk 3orang makan, order asing2, bayar asing2, boleh??? Total rm60..Kira murah la tu kan..Murah sangat2 rasa..Mentang2 la masing2 da dapat gaji,  main order je nk makan ape..hehe..nasib semua habis..hihihi..Time ni orang cina pun sibuk nak datang makan jugak okeh, kalau korang puasa ok la jugak, ni time orang berbuka ni la korang sibuk nk makan sekali..Chooiii..Padahal ada je kat depan tu kedai makan cina punya, xnak makan pulak, sakit ati.. (dalam gambar tu geng2 cina datang nak makan sama).

Dah siap makan, sembang2 jap dalam pukul 8.10 macam tu la kitaorg pergi solat dekat masjid usim..Tiba2 time nak balik tu, kawan hubby ajak pergi kt nilai stadium tertutup katanya ada jualan gudang besar-besaran The Store sempena hari raya.Hubby pun kata ok je sebab dia nak cari seluar n baju raya gk.Kitaorang ape lagi, bab2 jalan nh memang laju saja..hihi..Alang2 esok cuti kan, so bolehla balik lewat pun..hihi..Alang2 pergi sana, sempatla aku beli baju untuk anak-anak buah, adik dan untuk abang aku sekali..Aku xbeli ape2 pun sebab ingat esok tu nak g KL lagi..hahaha..



yg ni hubby punya

ni pulak utk adik n abg kt s.alam

ni pulak bju utk ank2 buah
 Ok itu saja untuk cerita hari ini.Kita bersua di lain entry lagi..Bye2 semua..




Monday, 8 July 2013

cuti sakit


 Salam dan selamat bersua kembali semua..

2minggu dapat MC sekaligus dapat bercuti merehatkan badan di rumah adalah suatu cuti yang panjang bagi saya..Bukan saja2 cuti okeh tapi disebabkan penyakit yang ALLAH hendak uji untuk hamba2nya yang terpilih sebelum menyambut bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini.So nak xnak saya terpaksa terima n redha saja dengan ketentuannya.Penyakit ini semua orang akan kena, boleh dikatakan sekali dalam seumur hidup.Wallahu'alam..

Apa itu penyakit yang sama alami???? Chicken Pox..Kalau Chickn Chop sedap jugak di makannya khennn, tapi kalau Chicken Pox, seksa segala badan..hihihi..Di lain entry saya cerita dengan lebih lanjut..

Wassalam..


Wednesday, 19 June 2013

PLM

Assalamualaikum..Hai everybody..

    Waaaaaaa...Penatnya rasa hari nh, nak masuk ofis pun malas rasa, tapi bila kenangkan nak ambik halfday untuk hari jumaat ni, terpaksa la gagahkan diri jugak datang hari ni..Huhuhu..Semalam ofis I ada menganjurkan CEO FORUM 2013 dekat Berjaya Times Square, so kitaorang semua dapat cuti separuh hari la..Syukur Alhamdulillah, halfday pun halfday la kan, janji dapat cuti jugak khennnn.Hihihi..Alhamdulillah, finally semua berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan..Terima Kasih pada semua yang banyak membantu..Yang tu, kemudian2 I cerita erk..hehe..

   Ok berbalik pada entry..Apa tu PLM? PLM adalah Program Literasi Maklumat yang telah dianjurkan oleh Perdana Library digabungkan bersama2 staff National Library yang telah mengadakan program bersama2 adik2 dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas ( Cacat Penglihatan), Setapak, Kuala Lumpur.Program ini terpaksa diadakan pada hari minggu iaitu Sabtu (15hb/6/2013)  memandangkan tidak mahu mengganggu waktu persekolahan mereka..Syukur alhamdulillah, sekali lagi program yang diadakan telah berjaya dengan jayanya seperti yang telah dirancang..

  


tengah2 set up

jangan igt diaorg xde band ok..

team secretariat pada hari kejadian..

sebelum acara dimulakan adik2 senaman dulu

jangan ingat diaorg x tahu step ok..hehehe..

team secretariat pun join sekali..hihihi..seronok

        Kitaorang gerak dari Putrajaya pukul 7.00 pagi, sampai2 adik2 kita nh dah berkumpul dalam dewan untuk sambut kitaorg semua..Waaaaa...bagusnya diaorang nh..Rasa terharu pun ada, sedih pun ada gk..Awalnya diaorang bangun, maklumla hari2 dah dilatih macam tu kan time persekolahan.Lepas tu mereka2 semua di bawa ke dewan makan untuk menikmati jamuan pagi dahulu sebelum aktiviti yang seterusnya dijalankan..

aktiviti yang wajib..hahaha..

team kitaorang yang membantu adik2 kita nh

ni pun sama..team plf

mereka bertiga tu cikgu2 diaorang la
 
    Dah settle semua adik2, cikgu2 dan secretariat2 semua makan, maka bermula la aktiviti kitaorg.Mereka diberi taklimat terlebih dahulu oleh MC dan barulah mereka di bahagi kepada 2kumpulan..Menengah atas  (Tingkatan 4) dan Menengah Rendah ( Tingkatan 1,2 dan 3)

Tingkatan 4 : Perbincangan dan pencarian bahan
Tingkatan 1,2 dan 3 : - Info Hunt
                                   - Congkak / Dam / Chess
                                   - Bercerita
                                   - Kotak Beracun
                                   - Telefon Karat



 Aktiviti Tingkatan 4:

fasilitator yang membantu mereka

masing2 ada tugas masing2

mencari bahan

team I Group 4 dapat tempat ke-3..

orang kuat pada hari kejadian

 Aktiviti Tingkatan 1,2 dan 3:


info hunt


dengan sentuh pun diaorang boleh tahu, masyallah

fasi2 sedang menanda markah

full mark..cayalah adik2..

pertandingan main congkak

dam

chess
kotak beracun

kotak beracun

pertandingan bercerita

para2 juri


            Sudah siap semua aktiviti untuk sesi pagi, mereka diberi rehat, solat dan makan.Acara disambung balik pada pukul 2.30 petang..Kesian dekat adik2 kita semua penat ya..

2.30 petang sesi pembentangan kertas kerja oleh adik2 tingkatan 4 tadi..
       - Upacara penutup
       - Persembahan pelajar
       - Bacaan Doa
      - Ucapan Alu-aluan oleh Pengetua Sekolah
      - Ucapan Penutup oleh Puan Zarina Abu Bakar, Pengurus Besar Yayasan Kepimpinan Perdana
      - Penyampaian Sijil
      - Sesi Fotografi
      - Minum petang dan Bersurai

sebahagian hadiah

hamper untuk pelajar berkumpulan

nyanyian lagu negaraku

pemenang tempat ke-4

pelajar bersama dato'' roslin

dari kiri: cikgu sekolah, en.Azhar (chief librarian PLF), Puan Zarina (general manager perdana leadership foundation), dato roslin (national library), pengetua sekolah, dan wakil dari National library.


diakhiri dengan persembahan pelajar



Majlis bersurai tepat jam pukul 6.00 petang..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan gilang gemilang dengan bantuan dari adik2 dan cikgu2 semua pada hari itu.Segala jasa baik kamu semua hanya Allah je yang dapat membalasnya..Amin..Amin..Amin..Terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami semua secara langsung ataupun tidak langsung.





Wednesday, 5 June 2013

BMB

Assalamualaikum semua kawan2..


Hai..hai..hai..Saya kini sudah kembali..hihihi..mesti korang semua rindu saya kan, ( rindu ler sangat...wekkkkk)..ahahahha..Ali lagiiiiiiiiiiiiiiiiiii rindu korang semua..hihihi..

Ok hari ni saya nk cerita pasal 1 program realiti TV3 Bintang mencari Bintang (BMB) yang telah diadakan pada tiap2 ahad malam..Korang tengok x? hehe..Hahhhh??? Xtengok??? Sedihhhhh...Ok2 xtengok xpe sebab bukannya I masuk bertanding pun, I just bagi support 4 my cousin jer..hihihi..Saya semestinyalah bila berkelapangan akan turut serta khennn...Sanggup I redah dari Putrajaya ke S.Alam semata2 nak tengok program ni secara LIVE je okeh..Kalau nak ikutkan hati xde maknanya hubby I nak pergi tempat2 macam nh, tapi disebabkan SAYANG bini punya pasallllllllllll lah, sanggup join jugak..Hihihi..Love U ABG..Muuahh..muahhh..muahhh geytow lagi..hihihi..



sebelum masuk audi..kita posing dlu..hihihi..

hubby I nh jenis pemalu ckt..tapi sebab kena paksa tngkap gmbr..so redha jerla..hahaha..



Masa ni kitaorang sampai lewat dalam kul8.30 macam tu masuk auditorium, sebabnya sampai2 solat n makan2 dulu..Sebelum tu pergi ambik member hubby kat Putrajaya Sentral dulu, dengan dia2 sekali kitaorg angkut datang tengok BMB nh..hehehe..Nasibla abg Mat kalau ikut kitaorang nh..hihihi..I memang xboleh kalau perut lapar, mula la rasa nak pelempang orang kt sebelah jer..hahahaha..Gilo buruk perangai..

ni la group cousin I..T.I.T.A.N ank didik sabri yunus..

Cousin I nh student UITM S.Alam budak2 dikir barat jugak..Alhamdulillah, group TITAN nh dapat melangkah ke minggu seterusnya..Insya allah kalau ada rezeki n performance yang baik nanti dapat la ke FINAL..Elokla, sorang Johorean, sorang lagi Kelantanese.Nanti FINAL 29 June nh kita lawan erk..hahaha..Kawan tetap kawan, lawan tetap lawan okeh..Hahahaha..

Lepas tu balik, sampai putrajaya dalam kul12.30..Sempat lagi lepak2 kedai mamak jap minum2, sembang2 baru la balik rumah dan tido dengan lenanya..Huhuhu..



muka orang happy sebab hubby dapat pindah putrajaya..hihihi..