Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh ditemui mati dalam kereta
2 September 2012
[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU - Naib Ketua Pemuda Umno Ketereh, Rosyuri Mat Riffin, 44, ditemui mati dalam kereta, dipercayai selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Rosyuri, 44, ditemui dalam keadaan duduk di bahagian pemandu oleh orang awam kira-kira jam 7 pagi tadi.
Menurut saksi kejadian, Rosnani Jusoh, dia hanya menyedari mangsa berada di dalam kereta selepas membuka pintu kenderaan itu, yang tidak dikunci dari dalam.
“Pada mulanya saya hanya nampak sebuah kereta di parkir di tengah jalan yang menghalang lalu lintas, lalu saya cuba mendekati kenderaan itu.
“Apabila saya menjenguk di dalam, saya tidak nampak pemandunya, kerana cermin kereta itu agak gelap, lalu cuba membuka pintunya dan alangkah terkejutnya saya apabila melihat seorang lelaki tidak sedarkan diri, dipenuhi dengan kesan muntah di pakaiannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan, mangsa ditemui dalam keadaan duduk di tempat pemandu dan terdapat kesan muntah.
“Polis menerima panggilan daripada orang ramai yang melaporkan ada seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di tepi jalan di simpang empat lorong belakang Al-Quds Travel, Wakaf Siku.
“Kali terakhir dia dilihat selepas menonton perlawanan bola sepak di stadium,” katanya.
Beliau meninggalkan seorang isteri, Maziranida Mat Zain dan enam orang anak dan menurut isterinya dia terakhir melihat mangsa adalah pada waktu maghrib dan memberitahu mahu menonton perlawanan bola sepak.
Menurut laporan perubatan, Rosyuri disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan beliau juga mempunyai rekod menghidap kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Sumber dari Harian Metro n Berita Mingguan
Insyallah pd tiap2 mlm jumaat akan diadakan tahlil utk ''arwah''..sedih sngt2 sbb xdpt tlg diaorg sume..Insyallah utk 40hari nnt k.cik akan blik..
Tunggu sambungannya nanti...............
lor..abang k.cik k..
ReplyDeletetakziah..semoga arwah tenang di sana..
amin..
a'ah abg sulong k.cik..
ReplyDeletetq nurul..insyallah..amin..
smpai skrg masih terasa..sobs..sobs..sobs..:(