Salam dan selamat petang semua..
3hari cuti membuatku malasnya nk masuk ofis hari nh..Tut2 terpaksa masuk ofis jugak..Daripada aku cuti saja2 hari nh, baik aku simpan cuti untuk balik kg nanti lepas Chinese New Year nh..Horeeyyyy..Memandangkan hubbyku xdapat cuti dari 26/1-17/2 terpaksa la kami decide balik kg lepas tarikh itu..So nak xnk terpaksa la aku berkorban cuti yang sedia ada..Biasala badan uniform nh, time musim perayaan ada operasi situ operasi sini, sabo jerla..Jangan nanti musim raya puasa tiba2 hubby xdapat cuti jugak dah ler, meraung xdok guno lerrrr aku kt sini..bak kata fida ibrahim..oh nooooooooooooo...Harap2 la hubby dapat cuti nanti..
3hari cuti nh aku ikut hubby balik rumah kt Taman Seri Jempol n9..Memandangkan hubby kena kerja jugak weekend tapi shift la (walaupun ofis hour kt sana) tapi demi tugas terpaksa la kami turuti..Pengalaman tinggal kt sana sangat2 tragis okeh..Selama ni dengar hubby jer duk bercerita, tapi bila mengalami sendiri baru la terasa..hehe..Ya Allah, boringnya duk rumah sana..Bising dah 1hal dengan jiran2 majoritinya warga indon semua..Jauh pulak 1hal, ingatkan dekat ker, jauhla wei 2jam 15minit okeh untuk kesana..Sangat2 jauh..Sakit tulang belulang nak sampai sana..(Kalau balik kg xla terasa jauhnya walaupun 8jam dalam kete..Hehehe..) Cm ne la hubby aku ulang alik tiap2 minggu rupanya..Tiba2 barula mari kesedaran rasa kesian dekat hubby aku..Kesian sangat2 rasa..Sebelum2 ini dia xbalik aku paksa dia balik jugak, xtahu keadaan macam mana lagi kan..Bila dah tau macam ni, balik jarang2 pun xperla abang, demi kesihatan dan kasih sayang pada abang sayang sanggup berpisah buat sementara waktu..hehehe..Betapa besarnya pengorbanan hubby pada aku selama ini..Tqvm abang, atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang xpernah luntur pada sayang selama ini..Insha Allah, sama2 la kita berdoa agar suatu hari nanti kita dapat hidup bersama seperti suami isteri yang lain..
Memandangkan rumah kt sana adalah rumah tumpangan buat sementara waktu bagi kami berdua, so xde barang sangat la kt rumah..Hanya semata2 rumah sahaja..Sedihkan bunyinya..Hehehe..Bukan kami xnk bawak barang aper2, tapi memandangkan rumah kt sana ramai berpenghuni warga INDON, takut jadi ape2, baik kami berjaga2..takut jugakkan..Hubby pun banyak ulang alik balik rumah putrajaya jugak, hehehe..So, hubby cakap biar ala kadar sahaja..Lelaki kan, bukannya nak tengok sangat TV ker aper ker kan, x macam kita, hehehe..balik kerja tido dah..Bangun2 pagi kerja pulak..Rumah sewa semata2 hanya untuk tempat tido, rehat dan mandi sahaja..Ok la tu daripada menumpang rumah orang lain..
Hidup kita ini banyak memerlukan pengorbanan sebenarnya..Tapi kadang2 aku tewas jua dengan perasaan aku sendiri..Sedih sangat2 rasa dalam hidup ini..Xpernah sekali pun rasa nikmat bahagia untuk memiliki sesuatu dalam hidup sendiri..Tapi betul juga kata hubby, mungkin rezeki belum berpihak pada kami lagi.Xperla selagi aku boleh bersabar, aku akan terus berusaha..Tapi sampai bila???? Insha Allah, moga2 suatu hari nanti akan ada sinar baru dalam hidup aku ini.
p/s: xsemestinya ape yang kita inginkan akan kita miliki dalam hidup ini dengan mudah, melainkan kita sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakal..Kadang2 aku benci dengan dunia yang semakin kejammmmmmmmmmm..
No comments:
Post a Comment