Assalamualaikum semua..
Wahhhhhhh panjang betul tajuk saya hari ini.Hehehe.Cuma nak kongsikan cerita serba sedikit masa saya teman kakak dan a.ipar pergi buat rawatan kaki dekat klang ahad lepas.Kami xplanning pun sebenarnya nak kesana, alang2 waktu itu kami dari rumah abang yang tinggal dekat batu tiga shah alam, rupa2nya lagi dekat dari sana, cuma 10min sahaja, ingatkan jauh la jugakkan.
Kakak yang beria2 nak pergi sebenarnya, sebelum2 ini duk mengadu sakit kaki dan tumit kaki.Tiba2 dia call tanya member dia yang duduk dekat klang, kebetulan rawatan tu sebelah rumah dia jer.Sampai2 ingatkan xde orang sangat, sekali ramai gila.Masing2 bukannya dekat, jauh2.Ada yang dekat gombak, nilai, kepong dan putrajaya macam kami nh, hehehe.Semuanya datang dengan family.Kebetulan 1family nh datang nak buat rawatan resdung lintah, kebetulan hari tu stok lintah xde, kalau x boleh saya cuba jugakkan, sebabnya saya nh kuat sangat resdung, kalau bangun pagi2 xbersin memang xsah.Tapi takut jugak dengan lintah.Geliiiiiiiiiiiiiiiii...Sabar jerla.Hehehe..
ni la alat terapi elektrik yang digunakan..by mr google.. |
ni la rupanya cara2 rendama kaki itu.Mula2 ok lama2 rasa gatal ckt kt kaki sebab air garam dia. |
ni la rupa garam rendam kaki/badan yang digunakan |
Lupa nak ambik gambar kaki sendiri masa rendaman hari tuh sebabnya teruja dan dalam masa sama takut ada perubahan pada kaki nanti.Hehehe.Ofkos ler dlm masa 30mnt rendaman tuh macam2 colour keluar dari kaki kita boleh tengok, ada colour koko, hijau2, oren2 ckt.Haisssshhh pelik nh.Saya sendiri pun takut tengok dengan kaki time tuh.Dalam kami bertiga buat tuh, colour saya paling pelik sekali keluar, orang tuh cakap 1st sebab saya suka minum air nescafe, (aper kaitan pulak kaki dengan air nescafe kan, pelik2 lah) sebab ke2 myb saya selalu stress dengan kerja, tido xmenentu,(bukannya saya ada anak kecik lagi pon nk berjaga mlm atoooooi) dan macam2 lagi lah.Terapi ini dikenakan bayaran rm10 sahaja dan dia shorkan kita buat 4x lagi untuk tengok keberkesanannya nanti.Tapi ibu mengandung tidak digalakkan mencuba ya.Tapi lepas saya buat terapi nh tiba2 saya xsihat dan demam kenapa erkkk? Sokay, abaikan....
Khasiat merendam kaki dengar garam bukit:
1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dr badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, sakit-sakit sendi dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat kulit kaki yang pecah/merekah.
Cara merendam kaki:
1. Ambil satu besen air panas yang agak suam-suam dan menenggelamkan pergelangan kaki ke dalamnya.
2. Letakkan 2 sudu kecil garam bukit atau titisan minyak seperti peppermint/lemon.
3. Lakukan selama 10-15 minit.
Merendamkan
kaki ke dalam air dingin pula sangat baik untuk mereka yang mempunyai
masalah imsonia atau sukar tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa
dingi. Perubatan ini berguna bagi mereka yang ada lelah, pendarahan
hidung, selesema dan sembelit.
* xtau bila pulak boleh pergi untuk next appointment.
No comments:
Post a Comment