Kali ini aku nk berkongsi cerita suka dan duka aku pada tahun 2012 yang mana tinggal beberapa jam saja lagi kita semua akan meninggalkan 2012 dan akan memasuki tahun baru 2013..Moga2 tahun baru nanti akan ada sinar baru untuk hidup aku nanti..Insyallah..Berharap sangat..
Korg mesti ada kenangan masing2kan..Meh aku nak kongsi cerita aper yg suka n aper yg duka dalam hidup aku sepanjang 2012..
SUKA:
1) Bersyukur sangat2 sebab sampai sekarang aku masih bernafas atas muka bumi ini dan masih diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH berpanjangan..Syukur alhmdulillah..Amin..
2) Sebab pada tahun ini jugaklah aku mula berjinak2 dgn blog..Tq so much pada mimah n zanza kerana menolong n mengajar k.cik semua ini..Hanya Allah jer yang dapat membalas jasa korg semua..Love n miss u ollz
3) Bertunang pada bln3 dan bulan8 kitaorg kawin..Syukur sangat2 segala perancangan selama ini dan semuanya berjalan dgn lancar..Alhmdulillah amin..
4) Bercuti ker pulau pangkor bersama2 dengan Kak Fiza, A.wea, Cikgu Ariff, Faizal n semestinya lah bersama2 my hubby sekali..Banyak kenangan kami di sana dan sekaligus meraikan birthday Kak Fiza..
5) Bercuti ker genting bersama2 a.wea n ckgu ariff tanpa k.fiza..Xpasal2 jadi isu kitaorg pegi hari tuh..Dan xpasal2 a.wea gaduh ngn k.fiza..Sorry a.wea sbb kitaorg ajak hr tuh..
6) Bersyukur sangat2 kelantan negeri kelahiran dapat JUARA PIALA FA 2012 bola mengalahkan SIME DARBY...JUARA LIGA SUPER 2012..JUARA PIALA MALAYSIA 2012 mengalahkan ATM..
7) Banyak sangat kenangan bersama2 kawan2 lama yang bekerja di PLF nh..
8) Sambut besday abg long aka a.wea di dataran putrajaya beramai2..
9) Sambut besday hubby bersama family..Dan tahun pertama jugakla aku bergelar sebagai seorang isteri..
DUKA:
1) First2 sekali aku sedih sangat2 dan sampai sekarang xboleh terima atas kematian arwah abang sulungku..Sedih dan sebak sangat2 rasa dada time tuh sebabnya baru lepas meraikan raya puasa n 2minggu aku kawin..Didoakan moga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama2 golongan yang beriman..AL-FATIHAH..
2) Terasa hati dengan member sorg nh sebabnya masa aku tunang dulu xbagi tau dia..Kalau nk diikutkan memang banyaklah aku yang terasa hati dengan member2 nh..Tp xperlah hati kawan kita kena jaga, hati kita xper..muhasabah diri sendiri..
3) Sekarang nh kami xberapa rapat sangat ngn abg long n k.fiza..Xtau kenapa..Sedih sangat2 ase..Dulu bukan main baik n rapat macam adik beradik..Nak pegi mana mesti bersama, tiap x hujung minggu mesti plan sama2 nk pegi mana2..Tp xperla doakan diaorg akan berubah dan keadaan akan kembali seperi sedia kala...think positive..
4) Yang paling aku xdapat lupakan masa aku kena tahan dalam wad selama 6hari sebab kena denggi..Masa tuh hanya ALLAH jer yang tahu betapa sakit dan seksanya menahan kesakitan..2bln sebelum aku bergelar isteri org..hehehe..(ms tuh ex-bf ada jgk dtg melawat n bg kata2 smgt..touching tiba2)
5) Tahun ni jugakla aku betul2 putus ngn ex-bf..Kami putus pon secara baik..Sampai sekarang ada jugak dia call, msj2 tanya kabar aku...Xsemestinya kita xdapat bersama kita jadi musuh kan..Kita tetap jadi kawan sampai bila2..Saya doakan awak bahagia bersama pasangan awak kekal dunia akhirat..Jadi suami yg soleh yang dapat membimbing isteri ke syurga..Amin..(Touching tiba2..banyak kenangan bersamanya yg xdpt dilupakan)
6) Pada tahun ini jugakla ex-bf mengakhiri zaman bujang bersama pilihan hatinya org penang pada 22/12/2012..Sebelah laki 27/12/2012..Saya doakan awak bahagia dunia akhirat..
7) Banyak dugaan dan cabaran masa tunang hari tuh..Xkira dari segi kwn2, family, org terdekat dan org2 disekeliling.
8) Sampai sekarang aku masih disini dan masih belum dapat kerja yang stabil.Insyallah,suatu hari nanti akan tiba jua aku akan berjaya di luar sana nanti.
Banyak sangat kenangan pahit dan manis 2012 yang mana xterhitungnya oleh kita sendiri.Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.Kita memang tidak pernah sempurna dan bukannya yang terbaik, tapi tidak apa salahnya kalau kita sentiasa cuba perbaiki setiap kelemahan untuk menjadi yang lebih baik.Oleh itu tinggalkan 2012 dengan penuh keinsafan, semoga tahun 2013 bakal membawa kejayaan untuk kita semua.Insyallah, selamat tahun baru 2013.Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...:))
No comments:
Post a Comment